Posts

Showing posts from October, 2014

bual

Image
Hari ni ada bual bicara. Tengok sapa yg mai kat ofis aku kat kl? Menarik jugak la. Aku pun pi jugak la tengok kat screen besar. Mcm dulu2 wayang bertinggung tu la. Cuma bezanya ada kerusi. Tp td aku dengar gak cadanfan supaya bole tengok kat pc masing2 sj. Santai lg rasanya kut. Ini cuma sembang2 dgn selebreti sj. Yg sblm ni aku tengok ustaz don. Ini dah kali kedua la aku tengok.  Apa yg menarik dgn pak nil hari ni. First sekali soalan ialah pertama kali ka mai ofis aku. Dia jwb dia ialah pembayar cukai yg baik. So that why la org jemput dia. Not bad sgt la. Yg lain2 tu kisah hidup dia la. Mcm mana dia berjaya. Interesting jugak la. Satu sj yg aku ingat apa yg dia ceta td ialah kalau nak berjaya kena buat lebih lg dr apa yg org minta. Kena keja extra la. Very2 good point. Take note.

lampu

Image
pg ni tertarik dgn lampu yg masih menyala kat ofis. Mai dah agak lambat pun masih menyala lg. Kemarin pi pasar mlm alma. Meja ikan yg x berapa segar tu dah buka. Yg ada jual ikan segar tu buka meja lmbt plak. Aku dok tengok sj budak2 yg jual ikan dok lentok atas tong ikan. Sakit mata tengok. Yg dok tunggu nih dok melangut sj. Aku tunggu jufak. Asal ada menu lain dlm otak tp dek lmbt mcm ni menu pun jd lagu lain. Aku pi kat meja sayur kat dpn meja ikan beli ubi kentang. Tengok ada ubi keledek. Beli jugak la ubi keledek. Rasa mcm nak buat karipap. Beli daun sup ckit. At last aku beli udang yg kecik utk inti. Bila meja ikan yg segar tu buka banyak cina2 yg dok kerumun. Rupanya cina yg jd taukeh kut. Apa yg aku beli? Sotong sj yg aku beli. Tanya ikan tenggiri pun xmau potong. Sotong sj la yg aku beli. Sotong memang segar sgt. Balik kemarin jd la karipap. Nak tumbuk lada pun malas plak. Ada rempah habsah so jd la karipap inti rempah khabsa. Rasanya agak sdp. Gmbr? Nanti la bila aku ada m

mengemas...

Image
     Pagi ni baru ada masa lapang nak up date blog. Smlm cover balik tido yg x cukup sblm ni. Sbb apa tido x cukup? Dok lyn tengok ceta tamil. Sedap jugak. Sampai pukul 12 jugak la. Baru2 ni aku mengemas pokok2 aku. Pi tengok pokok kemboja aku. Tau apa yg anak buah aku ckp? Tp tengok dulu gmbrnya. "Ada ubi dah makjang. Kita bole mkn nanti."  Lawak sungguh aku dengar. Ubi? Bole mkn? Ubi kemboja? Mcm2 la eksperimen depa buat.  Ni plak pokok bawang. Bawang ni dah terbeli banyak dan jd tumbuh. Nak elak membazir tu yg tanam sj tu. Tp selalunya ending kering jugak la. pokok kari yg bonzai. Masa xdak pokok suka sgt nak buat kari. pokok lidah buaya yg dah jd besar. Pokok nenas yg nmpk segar.  Pokok ni pun mau jugak hidup. Pokok2 ulam aku yg segar sgt.

selamat bersara

     Salah sorang kwn aku yg dah lama kenal bersara hari ni. Selamat bersara. Kak salmah ismail. Kenal sejak dr as lg. Sejak tahun 1991 lg. Dia yg aku kenal... very2 low profile. Dan selalu jd bahan usikan kwn2 dan dia x kisah pun. X pernah marah pun. Teringin nak jd mcm tu. X mcm aku yg kepala angin nih. Pernah pi bandung sekali. Kiranya seronok la berkawan dgn kakak nih. Tp ada satu yg menarik utk aku ingat. Ada sekali tu suami dia mai hantar kek kat ofis senyap2 sempena birthday dia. Hantar sj terus balik. Nak bg surprise. Dan memang sweet sgt couple ni. Dan td pun suami dia mai ambik. Aku bila lg?

menjadi

      Sebelum balik alma pi as dulu grab something yg new. Apa tu? Nak rahsia dulu la kot. X syiok jd materialistik sgt. Itu benda2 asas sj. Singgah kat sahab perdana. Well......memang lambang kedah amat kat ctu sbb amat berlopak2. Tp sejak dulu lg dah berlopak2 mcm tu. Patut kena hijrah nih. Tp banyak hotel budget kat ctu. Agak logik la sbb utk yg terlepas bas. Ataupun yg nak pi langkawi esoknya ka. Ada jugak yg sewa kat ctu. Tp ada lg yg menarik perhatian aku. Mata aku tertengok agak banyak jugak la perempuan2 yg agak2 muda dok berbual kat lobi hotel budget tu. Nak kt perempuan x elok pun tengok bertudung litup pun. Hmmmm....!        Tinggal dulu bab tu. Hari ni tiba2 aku teringat kat cikgu2 aku dulu. Cikgu ni tugas yg amat mulia. Baru2 ni tengok ceta srk berlakon. Ada adegan heroin bg jatuh buku. Dok kutip buku ada yg mai langkah buku tu. Heroin tu marah2 la. Yg pijak tu minta maaf pun dia dok marah lg. Yg dia marah sgt sbb x hormat pd ilmu yg ada dlm buku tu. Logik jugak sbb kalau

maal hijrah

     Kemarin 2 hari kat kampung. Ada kenduri maal hijrah. X selalu dpt join mcm tu. Cuma masa aku benar2 free sj aku pi. Atau pun kenalan rapat sj. Ada yg menarik kemarin. Masa aku sekolah rendah aku kwn dgn anak tuan rumah. Memang sgt2 rapat la. La ni dok kwn dgn mak dia plak sbb kongsi minat yg sama. Dua2 suka tanam pokok orkid. Selalu dok tukar pokok la. Kemarin aku pi x bw talipon so x bole la nak snap gmbr. Tu plak rasa x hormat majlis la kalau dok belek talipon sj. Ini majlis org kampung. Aku pi berdua dgn kak aku. Kami bahagi tugas. Yg lain tunggu mak aku.       Sampai kat rumah kenduri aku tertarik dgn garden dia. Pokok orkid tu x berapa berbunga sgt tp banyak sangkar burung. Cantik2 dan berbunyi merdu plak. Rajinnya dok bela burung. Masuk dlm rumah plak makanan mcm2 ada. Karipap pun dok panas2 lg. Bau pekasam dan ikan kering membuka selera. Bila nak mula majlis ada insiden touching la plak. Tuan rumah jadi khalifah baca yasin. Dia nyatakan la tujuan baca yasin tu utk anak dia

roti naan

Image
      Selamat tahun baru maal hijrah. Pg ni bangun awal dan cuba buat roti naan. Ikut resepi citarawan. Seronok sbb menjadi roti naan aku. Aku buat sambal ikan bilis.  Bangganya aku.

Doa awal tahun

 Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW , ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku  kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami  nabi Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat- sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka. Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata, " Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah sy

doa akhir tahun

     Allah SWT berselawat keatas penghulu kami Muhammad SAW , ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ni daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan  di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan Wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku  kepadaMu wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke ata

insta

     Ada 2 benda yg aku suka ikut la ni. Yg satu tu insta salam2benua. Bila baca tu teringin nak bercucuk tanam. Teringin nak buat roti. Bercucuk tanam tu aku bole jugak la buat. Tu pun setakat nenas sj. Belimbing buluh pun aku tengok dah ok. Projek ulam aku pun berjalan agak lancar. Agak la. Kemarin tengok pokok kari pun dah banyak berpucuk. Pokok kaduk dgn pokok bebuas pun elok sj. Pokok cemumar dgn pokok cekur pun bertunas. Gmbr? Tunas kecik dan agak buang masa nak ambik gmbr. Xdak masa pun ya jugak.       Nak buat roti pun kena fikir banyak kali. Sbb bukan makanan ruji. Dok mkn nasi selalu tp pi buat roti....apahal kannnn. Buat yg utama dulu. Makanan asasi dulu.

berputar

Image
     Hari ni angin berbelit plak. Tudung ni agak besar ckit. So nak belit agak susah sampai kena lipat dua. Kiranya sepagi jugak la dok fikir nak belit tp sempat lg la ambik sarapan pagi. Sarapan aku pg ni just sardin dgn ikan goreng. Semuanya aku masak smlm. Aku beli roti yg ada serat tinggal kat rumah. Sbb anak sedara aku gemuk ckit yg mai dr kampung. So roti serat tu agak sesuai la utk yg gemuk. 

happy hour

      Kalau pi beli brg kat supermarket tu memang ada la time happy hour. Time ni memang dpt harga murah la. Ok la blog aku x happy hour. Xdak pun. Ada masa happy...dan ada masa x happy. Ceta bab happy ni dlm blog....dlm fb pun kdg2 ada gak aku maki hamun. Ikut dan aku la nak maki hamun ka apa pun. Kalau aku nak marah tu aku on sj. Aku x peduli pun apa org nak rasa. Dan kdg2 org pun buat yg sama jugak. Tepuk sebelah tgn x berbunyi kannn. Kalau tepuk ramai2 tu baru meriah ckit. Tp rasa mcm x best plak la nih. X syok pun. Aku rasa bosan jugak la. Darah tinggi pun mcm nak mai sj. So I decide xmau buat mcm tu. Sementelah kalau tulis tu akan tercatit sampai bila2. Nanti kalau anak cucu baca....ya Allah  tok aku. Cam gini rupanya perangai tok aku. Dulu2 org bole ceta sj. La ni siap bole buat video lg. So make sure tulis benda elok2 sj lepas ni. Malu kat anak cucu nanti.

hari batik

Image
      Hari khamis hari batik. Ni baju baru batik. Dah resmi masa raya korban hari tu. Seronok jugak la pakai baju baru. Kemarin pi shoping alatan kat mak aku. Bangku utk nak buang air besar. La ni dah mls nak buh dlm fb. Sbb ada sungutan so x pyh la ambik risiko. Pyh jugak kalu ada yg dok tengok. Betul jugak la apa yg depa kt tu. X semua org suka. Dan aku patut terima apa yg org tegur. Anggap sj teguran membina. Ada teguran yg membina dan ada jugak teguran yg meruntuhkan. So kena ada tapisan. Kena ada qc. Check balik. Kalau teguran yg x berapa elok pun kena bg jd positif jugak. Kalau x elok dan yg terima pun dok cas negatif jugak. Memang jd tunggang terbalik la. Tp kdg2 terbabas jugak.

lama2 ckit...

     Rasa mcm xmau nak tulis apa pun. Mls ka? X jugak. Cuma xmau tulis apa pun. Sampah kat dpn rumah pun berjaya diangkut. Memang susah sgt la depa nak angkut pun. Kuranya kena ada azam yg kuat la agaknya. Semua kena ada azam. Mcm org yg x suka dok dlm ofis la. Kena ada azam utk dok dlm ofis. Mcm hijrah la jugak. Bila x pernah buat tu kalau cuba buat tu memang fun la. Bg aku la. Menarik sgt2. X susah pun. Stay sj kat ofis. Duit pun x habis. Kalau lepak kat supermarket duit pun habis. Kat lepak dgn kwn2 pun duit habis jugak. Dok borak hang beli apa. Hang buat apa. Hang bila lg nak buat. Aku dah buat dah. Semua bicara tu akan kena duit. Buat apa kalau x kena duit? Nak pi nganga mulut mkn angin kat pantai bersih pun kena guna duit. Tu baru nak mkn angin. X beli gelang besar lg. X beli keta besar lg. Semua tu kena pakai duit yg amat2 banyak. Nak cekau duit tang mana? Nak jual skrap pun dah murah dah. So kena fikir elok2 la. Ni pendapat aku la. Semua kena ada kira. Bukan nak kira minyak sj

kaduk

     Dok kat kampung ni best sbb kutip sj ulam kat tepi rumah. Hari ni aku masak....masak aceh ikan temenung, goreng telur, ulam kaduk rebus dan air asam. Sedap bangat makan nasik. Mula tu ada jemputan makan2 tp kena batal sbb mcm biasa la mak aku x berapa sihat sgt. So kena masak nasi la aku tengahari ni. Ingat tu bole la nak mkn free tp xdak rezeki nmpknya.

pokok

     Sebelum pi keja hari tu.....aku dok belek pokok kat dpn rumah. Just bole scan sj la. Eka pun belek jugak la. Tiba2 eka terjerit2."Makjang! Makjang! Ada pokok baru!" Aku terkejut la jugak. Bila masa aku tanam pokok baru. Pasal apa pi ada pokok baru. "Mana." Aku pi nak tengok. Tau pokok apa dia tunjuk. Pokok rumput! "Sebelum ni xdak pokok ni." Siap ada alasan lg. Memang la xdak. Ahhhh....budak kecik nih. Hehehehe. Pokok baru! Nampak sgt betapa malasnya aku la ni.        Dlm dok malas2 tu anak pokok nenas yg dah agak besar aku dah ubah buh dlm pasu. Aku pilih yg besar sj. Kalau yg kecik tu rasa lama sgt nak besar. So ambik sj yg besar. Nak balik ambik pokok kaduk banyak ckit sbb tengok yg aku dah tanam tu mau jugak hidup. Tp yg buat spoil tu sampah yg mpsp x angkat tu la. Pelik jugak sbb bole mls sampai mcm tu.

tumpul

     Semenjak dua menjak ni aku kerap marah2. Wonder jugak la. Susah nak ckp. Kalau ckp pun marah2. Dah jd habit plak. Habit yg aku rasa agak kurang elok. Pertama sekali ialah pasal apa aku nak marah2. Pasal pa plak x puas hati. Hidup ni sat sj. X bole nak sia2 dgn dok marah. Rugi masa yg ada. Aku kena enjoy. Nikmati masa yg ada.

hari2 mau?

Image

pesan org tua

     Kdg2 pesan2 org tua ni mcm x logik pun ada. Tp bila fikir dgn teliti memang betul pun. Pasal pa aku kt mcm tu. Dulu2 ada sedara mak aku yg sebut bila besar nanti aku akan jd org besar. Aku dok tunggu jugak. Aku nak keja besar ka. X jugak. Tp dugaan yg besar utk org besar pun sama la jugak. Nak jd org besar kena ada kuasa yg besar. Kuasa yg besar datang dgn dugaan yg besar. Tentu la susah nak tangani dugaan yg besar kan. So kena la berhati2 menangani dugaan yg besar. Bila bole hadapi dugaan yg besar. Dugaan yg mcm mana tu. Ada org anggap remeh pun. Alah...setakat yg mcm gitu...apa la sgt. Besar atau kecik bukan la isu sgt. Tp cara kita selesai kan tu. Tp cara yg paling baik aku rasa ialah bertawakkal dan berserah. Berusaha...bertawakkal dan berserah.      Habis bab tu. Ceta bab lain la plak. Apa yg seronok ceta korea? Baru2 ni tengok ceta korea aku tertarik dgn peribahasa dia. Nak buru harimau yg ganas x bole guna banyak peluru. Sbb kalau salah tembak harimau tu akan serang balik

maleh....

     Am I bored. X jugak tp rasa maleh nak up dated apa pun. Nak tulis pun x syok sgt. Sbb aku x buat apa pun. Tu ka? X buat apa ka. Hari ni balik yan. Ambik cuti 2 hari so duduk kat yan la. Pg td bertolak balik. Mula tu aku nak batal dah cuti sbb aidil masuk wad. Ada 2 kejadian...nak balik tengok mak....aidil masuk wad.  Balik yan habak kat org kat rumah. Ptg mai balik tengok aidil. Aidil dah jd pak lebai. Balik kat rumah mak aku pun agak ok dah. Ok la tu.

cold

Image
     X berapa nak bole tulis sbb temper tengah naik so aku biar sj dulu. Ni baru ok ckit. Baru bole buka benda alah ni. Apa yg jd sejak kebelakangan ni? Ada sesuatu yg terjadi yg buat kan aku rasa mcm nak meletup. Tp bila fikir balik.....apa la yg aku bole buat. Buat x tau sj la. Semuanya bukannya kuasa kita. Kita yg rancang tp tuhan yg menentukannya. Kita rancang molek dah. Nak keja. Nak kawin. Lepas tu ada anak. Tp tuhan pun ada gak perancangan. Tiba2 jd mcm lain. Bila panjang membebel ni satgi ada yg marah plak. Bila ada yg x suka tu satgi kena bend plak. Kadang2 org pun sensitif jugak. Sama mcm aku la jugak.       Smlm eka balik dok habak cikgu suruh make up. Kena make up kat rumah. X bole make up kat sekolah. Kena buh kat mata. Aduhhh.....kat mata plak dah. Aku pun xdak kat mata tu. Mak dia kat hospital. Pi kat kedai runcit kemarin ada lip liner dgn eye liner tu. Sblm tido smlm dah tunjuk rotan mak dia kat aku. Jgn lupa naaa. Dok peringat aku sj. Pagi2 td aku pun mula operasi.

angan2

      Pernah dengar lagu raja ema dulu2. Angan2, ingin mencari pasangan...! Lebih kurang la lagu raja ema tu. Aku xtau sgt sbb x berapa minat sgt. Ckp pasal cari pasangan ni semua org nak yg elok. Nak yg kaya. Kira yg elok2 sj la. Tp realiti mcm mana plak. Realiti pun mcm tu jugak la. Hanya yg terlibat sj nmpk elok. Nmpk sweet sj. Nmpk come sj. Nmpk tinggi lampai. Nmpk cun. Nmpk kaya. Org lain tengok biasa sj. X cun pun. Pelik pun ada jugak la.       Bila masa plak nmpk x elok ni. Bila time gaduh. Time gaduh for sure nmpk x cun. Bau pun jd x wangi. Nmpk x kaya. Nmpk x baik. Semua jd x elok. So beringat2 la. Masa wangi sebelum busuk. Masa cantik sebelum buruk.

agak2

      Ada yg jenis dok agak sj. Hmmm...nak tulis pun dah blur + bengang dan memang x bole nak buat ayat apa dah. Rasa geram memang pyh sungguh nak hilang. Ada lg yg berita yg aku terima hari ni. Berita yg bg tambah bengang. Kononnya depa dpt layanan yg x memuaskan. Layan elok pun dpt nama buruk jugak. Xtau la jd lagu mana. Rasanya mcm xdak masalah dgn org yg kata tu. Memang celupar sungguh mulut.

bole blah

     Ini sj ayat yg sesuai setakat la ni.

jelak

     Bila sampai tahap jelak memang payah la. Jelak tu apa. Jelik ka. Jelak tu mcm jemu tp lebih kritikal. Jelak dgn sikap org yg suka ckp bohong. Jelak dgn org yg suka mencuri. Jelak dgn org yg pura2 baik. Paling jelak dgn org yg suka buat aniaya org. Itu la yg paling aku jelak. Kalau org susah pun kalau ada harga diri aku rasa ok lg. Tp kalau sampai xdak harga diri tu memang teruk la. Asyik dok tolong org tp diri sendiri pun mendiri. Semua buat sendiri. Itu pun jemu jugak. Tp dok pujuk diri senditi....nanti org lain yg akan tolong aku. Itu ayat pujuk diri sendiri. Tp bila berkali2 disakiti so dah jd x larat nak pujuk diri sendiri. Dah x bole nak berpura2 senyum dah. Dah x bole nak tunjuk hormat dah.      Hina besi kerana karat. Hina manusia? Memang dah meluat sungguh dah.

medium

    Ni medium aku luah pendapat aku. Luah perasaan? X sgt la. Xla aku dok bercintan-cintun kat cni. Banyaknya aku luah pendapat aku. Nak ckp depan2 aku ni jenis gemuruh. X berani sgt la. Jd tergagap2 plak tu. Kdg2 jd kelu langsung. Nak kata malu tu idak la pulak. Tp ada gak yg malu. Nak ckp malu. Nak senyum pun malu. Ada gak yg jenis mcm ni pun. Org yg malu dan gemuruh ni lebih kurang sedara la. Jenis yg sama. Ok jugak kalau malu ni. Tp kalau malu terlampau tu pyh jugak. Nak bg pendapat pun susah sgt. Nak ckp kt suka pun x bole. Tp kalau nak ckp x suka tu bole sj. Agaknya la. Itu pendapat aku la. Ada yg terasa ka. Kalau terasa sila angkat tangan. Hehehe. Jgn mare....

agresif

     Am I agresif. Aku ni agresif sgt ka. Garang sgt ka. Garang x bertempat ka. Ignore sj la. Tp tiba2 dok teringat sesuatu. Teringat sgt sampai kena tulis baru bole lena kut. Lupa dulu pasal betapa garangnya aku. Mai nak tulis pasal mahkamah. Aku ni malas nak google pun. Aku tulis sj apa yg ada dlm otak aku. Ini kira mcm memo aku la. Catatan aku apa2 yg aku terjadi dan apa yg kut2 nanti aku terlupa. Mahkamah ni tmpt org cari penyelesaian. Ada hakim dan ada peguam. Ada mahkamah juvana. Ini utk yg x cukup umur tp dah galak nak jd jahat. Dah cenderung nak buat jahat dan tertangkap. Ada mahkamah sivil. Ini mahkamah law omputeh. Ada satu lg mahkamah syariah.      Apa tu mahkamah syariah. Yg berkaitan dgn org islam. Kalau yg x puas hati bole rujuk la kat ctu. Kalau yg dehil pun dirujuk kat ctu jugak. Kes nikah cerai ka. Nak cerai dan nak tuntut nafkah. Nak minta cerai ka. Ada satu lg kegunaannya iaitu tuntutan harta pusaka. Kalau yg x puas hati bole rujuk kat ctu. Kalau ada pembahagian har

lamanya...

      Mengalah tu kalah ka. Tiba2 jd pertanyaan mcm tu. Kalah tu bila mengalah ataupun bila dah lawan dan lawan akhirnya kalah jua. Tp ada ka win win. Sama2 menang. Ranya susah jugak la nak jd sama2 menang. Selalunya semua nak menang. X kira la buat apa pun.      Baru2 ni terbaca dlm metro kisah ibu yg menyusu anak kat atas lantai tren. Utk yg x kawin mcm aku ni dok wonder jugak. Susah sgt agaknya nak bangun bg tempat duduk. Agaknya la.

ptg mcm nih...

Image

budak2

      Bila budak2 buat salah org ckp....biar la, budak2. Bila org buat salah plak, org aka ckp....mana bole mcm tu. Kena tengok betul2. Bila sendiri buat salah, org akan ckp....kita manusia biasa, mesti la ada buat salah.      Apa pendapat aku? Sebenarnya ini semua alasan.

gmbr lama

Image
Ni situasi dgn fail. Dulu2 memang banyak la fail yg mcm gini. Tp ada satu yg menarik kat cni. Kat belakang ofis ada rumah cina tua yg lumpuh. Dok kat atas kerusi sj tp rajin berkebun. Siram pokok pun atas kerusi. Gigih cina tu. Ni plak failing pandan indah. Besar dan banyak kotak. X guna fail dah. Tp dok pakai sweater gak.  Biar gmbr berbicara dan bercerita sj.

aktiviti ptg

Image
     Hari ni msk anak rambai goreng sj. Masak cili padi perut yg pg td masih ada. So itu sj yg ada. Mkn sj la. Ingat nak buat sup mula tu.

gerhana

Image
     Smlm ada gerhana bulan. Td jumpa gmbr yg menarik. Teringat lagu gerhana. Yg lagu kumpulan kembara tu. Tp yg omputeh tu pun best jugak. 

ketumbit

Image
     Rasa sengal sj kat mata. Rasanya mcm nak jd ketumbit nih. Pg td memang luas pandangan amat terhad. Sekali pandang mcm semalaman aku menangis sampai bengkak mata. Macam la. Dok plan nak pi klinik la. Tp zura bg petua buh bawang putih. Ingat nak balik buat. Menjelang petang bengkak dah jd surut ckit. Balik sj kat rumah dah jd kurang tp aku tenyeh jugak bawang putih. Bila tenyeh tu rasa sakit ckit la. And this is my last situation. Memang mata dah jenis kecik. Tp dah x berapa bengkak sgt dah. Just ignore sj kulit muka aku yg amat2 x sekata tu. Hehehe.

nilai

     Hari ni ada terbaca dlm paper pasal tangga gaji. Berapa gaji yg layak. Dlm paper tu ckp gaji rm2500 utk org yg ada degree cukup utk yg mula keja kalau kat kl. Kat kl yg tol berlambak2. Kl yg brg punya la mahal. Aku pernah gak ada kat sana masa gaji banyak tu. Rasa agak pening la nak budget. Masa tu aku byr kancil. Sebulan rm350. Memang rasa pening sgt. Harga makanan plak memang melambung sgt. Masak atau beli kat luar sama sj. Baru2 ni baru aku dengar dr org yg pi kl jugak. Masa tu kalau suruh org byr bil .....upahnya dikira mengikut jarak bank. Kalau bank yg jauh mahal ckit la. Aku setuju sj sbb kl maaa. Yg nak byr tu pun gaji ciput jugak. Kalau nak pi bank kena bw motor atau naik keta. Lepas tu kena byr tol plak. Kalau naik tren pun kena naik teksi atau bas jugak nak ke stesen tren. Semuanya duit.      Balik pd tanggagaji plak. Setuju x rm2500 tu. Aku ni xdak ijazah pun. X bole nak tau la. X bole nak bayangkan pun. Tp aku teringat kata2 sorang mak sedara aku. Dia minta aku cari

wang besar

      Hari ni tiba2 dpt durian runtuh. Mcm2 bil yg sampai. Indah water....mpsp.....maintenance. Semua yg kena byr jd seribu lebih la jugak. Tu yg jd agak pening sat. Budget kena revise la.

!!!!!!!!!!

.............

something new?

     La ni tengah raya mood. Bila cuti tu ada sj la majlis yg berlangsung. Tp aku lebih tertarik dgn korban. Tahniah jugak la kalau ada majlis yg istimewa pun. No big deal pun. Ceta bab lembu korban pkak. Kemarin ada 2 ceta bab lembu korban. Yg satu tu aku baca dlm fb. Bila sembelih lembu ada anak dlm perut lembu. Caption dlm fb tu...satu keajaiban. Keajaiban ka? X jugak la. Kalau ikut syarat nak buat korban x boleh kalau lembu yg bunting. Bole tau ka lembu bunting mmcm mana? Utk yg ada pengalaman bela lembu bole tau la. Kalau yg xtau pun bole google. Semua benda kan ka bole google. Yg bunting tentu la perut akan besar. Bole nmpk kalau yg perut besar bukan gemuk.      Satu lg kisahnya lembu x cukup umur. Ini pun x bole buat korban kalau x cukup umur. Lembu pun mamalia jugak. Kalau yg x cukup umur tu for sure muka nmpk mcm budak2. Badan pun agak kecik ckit.       Lembu pun ada surat beranak jugak. Bole jugak rujuk surat beranak lembu yg nak korban tu. Tp kalau surat beranak lembu xdak

proud

     Selama ni rasa bangga sorang2 dgn pencapaian sendiri. Tp time la ni dah mcm confius ckit. How should I do. Nak buat mcm mana lg nih. Baru sj baca blog cekdet pasal isu semasa. Seronok baca sj tp x bole buat apa pun. Aku kena take action sendiri la ni. Kena motivate sendiri. Dan yg paling penting kena kira betul2. Beli apa yg patut sj. Jgn dok beli barang yg x sepatutnya. Jgn dok kerap sgt pi supermarket. La ni aku beli ikan kat  malam. Pilih yg segar dan murah sj. Jgn dok pilih ikan yg mahal such as tenggiri sj. Bole kalau nak mkn tp jgn selalu sgt. Pilih bg selang seli. Sehari mkn ikan murah. Sehari plak ikan mahal. X rugi pun kalau berjimat cermat. X payah asyik dok show off sj. Bg ada realiti sama. Bukannya realiti show. Kalau nak banding ikan yg kat supermarket memang ikan kat pasar malam lg segar. Ikan kat supermarket plak lebih mahal. Tp org lebih suka beli kat supermarket lg. Sbb ada standard kut. Kalau untuk yg keja pun rasanya ok lg kalau beli kat

small word

     What a small world. And what a small word. Pengalaman hari raya baru ni amat2 bermakna. Pi sembahyang raya baru ni ada yg menarik. Pi sembahyang tempat baru. Mesjid kat yan. Luas dan selesa. Mesjid kat sg yan tengah dok ubah suai. Kat depan aku ada jemaah perempuan sembahyang pakai jubah. Pakai stokin. Tp tudung plak pendek. Bila sujud sj dah nmpk leher. Hmmmmm.

mood

     Rupanya cuti x bole rehat. Hahahaha. Kena gelak besar sekali. Open and open house. Tu yg badan jd agak down. Tahap keupayaan pun jd terbantut. Sepatutnya kena apply cuti utk rehat sama nih. Sepatutnya la. Oppp....bila dok berbunyi mcm ni pahala pun jd kurang. Sbb buat dgn x ikhlas. Apa2 pun kena ikhlas. So baru bole jd mcm ikhlasiah. Sapa ikhlasiah tu. Someone yg amat2 ikhlas kot. Korban is korban so banyak la yg terkorban such as....!      Ada yg terasa ka dgn tajuk blog aku sebelum ni. Yg mana satu dan tahap mana terasa tu. Aku x kata sapa2 pyn. Itu utk peringatan aku sendiri. Dah berapa lama aku x istihar harta. Utk yg dok pi melancong istihar harta ni kena buat. Tp setiap 5 tahun pun kena buat jugak. Kalau yg ada brg x hebat sgt xla dok kalut sgt. Viva sj org x pandang pun. Taraf kumpulan D la. Kalau pakai merc tu memang wonder la. Maunya mercedes 2 biji. Viva 2 biji tu biasa sj. Kalau combine pun baru dpt sebiji myvi.      Kalau dok pi melancong pun cukai kena jugak jelaska

pengorbanan

     Sempena hari raya korban ni mai ceta bab korban. Apa tu korban? Kalau yg hari raya korban ni tentu la sembelih korban. Tp kalau korban yg lain pun ada gak. X kira la korban apa pun. Stay back kat ofis sampai mlm buat kerja pun korban gak. Kalau yg berbayar tu kurang la korbannya tp kalau sumbang masa sj memang korban masa kita la. Tp ini jd sbb x bole manage masa time biasa. Korban apa lg. Kalau isteri yg sanggup buat apa sj pun utk suami pun korban juga. 'Sanggup buat apa saja'. X kira yg baik atau jahat. Kalau yg baik tu alhamdullillah la. Kalau yg jahat tu yg nauzubillah. Set the target and 'bump'.  Tengok yg agak2 bole 'mkn' lepas tu atur strategi. Itu yg kurang elok la yg dibuat. X pyh ceta yg x elok la. Ceta yg baik2 sj sempena hari raya.       Hari jumaat baru ni aku dengar khutbah jumaat kat dlm tv. Sdp dan asyik dengar. Ceta pasal padang mahsyar. Ceta pasal haji. Wukuf di arafah tu dah sama mcm kat padang mahsyr nanti. Semuanya sama sj. Ada yg dib

aidiladha

     Hari ni hari raya aidiladha. Aku nak tulis tentang apa. Projek la. Ayat yg betul ialah next projek. Pasal aku pi korea hari tu ada banyak gak yg dok tanya cost berapa. Aku nak ckp pun sampai segan. Segan dan campur x ingat sama. What a small my kotak memori. Ada beza rupanya kalau pi dgn tour. Next year mungkin aku nak try pi lain dgn tour pi korea. Nak try buat perbandingan. Sebelum ni pun aku dah pernah pi bandung dgn tour. Tp aku rasa pengalaman pi sendiri lebih seronok. Pi dgn tour pun seronok jugak tp agak kurang la. Tp teringin nak rasa pi dgn tour pi korea. Nak tengok depa bw pi mkn tang mana. Kalau pi bandung hari tu pun aku banyak mkn sayur jugak. Bila mkn daging rasa x bole telan walaupun pi negara islam. Korea lg la aku x ambik daging. Sbb bukan negara islam.      Kalau pi dgn tour ni x bole dok lama mcm pi sendiri. Nak suruh tour bw jln lama2 memang rabak la. Kalau pi sendiri memang kena dok lama ckit. Memang x puas kalau dok sat sj. Banyak benda yg nak kena explore.

hospital

     Smlm aku pi hospital bw mak salmah sbb darah naik makin naik. Aku jd seriau. Pak plak dah bertambah ok tp kena bw pi kulim jugak. Tp dia x bole drive pi kulim pun rasanya. So kena buat  la ni. Pi hospital smlm pun rasa  juga sbb ramai sgt org. Ada sorang perempuan dok kat pintu. Aku rasa mcm kenal tp x bole nak fokus sbb dok kalut dgn mak aku. Lepas tu baru tau ada eksiden. Budak sekolah yg eksiden masa maghrib tu. Yg tunggu tu sedaramara budak tu la. Dok kat kampung aku jugak. Agaknya yg perempuan td mak dia la. Mulut dok kumat kamit baca sesuatu. Kesian sungguh aku tengok.      Masuk dlm bila doktor periksa mak aku....ada la budak yg eksiden tu kat penjuru bilik. Terlindung ckit. Tp nampak gayanya mcm teruk. Bila nak balik baru perasan  rupanya anak kwn sekolah aku yg eksiden. Bertamvah2 la kesian. Kes langgar lari.    

proses pembantutan. ..

Image
Tgn yg aga kedut. Not me...

bantut

     Nak buat bantut ka. Bukannya bantut tu. Ni ceta bab terbantut. Kisahnya mak salmah dok duduk atas kerusi kaus. Sbb sakit pungkuk. Biasa la sbb kesan dr proses bersalin yg lama dulu2. Aku rasa la. Bila time sakit mcm ni lg kritikal la. Dok atas kaus sj yg ok pun. Tp bila aku dok atas kaus pun rasa sakit. So for sure dia duduk pun sakit jugak la. Apa alternatif aku? Nak beli kerusi yg agak selesa. Kerusi aku kat ruang tamu pun dah lama aku x tukar pun. Nmpk mcm ok. Masih bole duduk tu kira ok la. Rumah aku kan. Apa yg aku rasa perlu aku tukar la. Kalau rasa x perlu so x pyh tukar la. Kali ni aku rasa aku perlu beli yg english stail tu utk mak aku. Only this one thing yg aku rasa amat2 teringin nak beli. Budget mcm mana. Ok la. Kat cni kena belajar ekonomi ckit. Kena tau teori kos melepas. Bila nak beli sesuatu kena lepaskan sesuatu yg satu lg. X semua benda kita bole dpt kat dlm dunia ni.       Ada soalan ka? Apa yg aku kena lepaskan. Persiapan raya contohnya. Mana lebih penting...

qariah

     Qariah ni ada dua makna. Qariah yg satu tu johan bertanding ngaji wanita. Yg satu lg tu qariah yg kawasan. Apa yg aku nak ckp kan ialah pasal qariah kawasan. Qariah dan org2 yg dlm qariah. Kalau nak kawin pun...org yg nak kawinkena pi kat imam dan sahkan kata dia x pernah kawin lg. Ni apa yg aku dok tengok la. Ni yg kawin secara sah. Kalau yg x sah tu memang main langgar sj la pi kat siam ka apa. Ni selalunya jd sbb ada masalah dgn qariah la. Mungkin sbb dah ada bini ka. Ataupun yg perempuan tu ada masalah nak minta izin pak nak jd wali.       Ada lg fungsi qariah ni. Qariah ni kena belek jugak mana2 ahli dia yg susah dan kena bantu. Dan qariah juga bertanggungjawab kalau2 ada ahli qariahnya yg buat maksiat ka apa. Ni pernah tengok gmbr sumpah semerah padi. Bila ada yg berzina tu kena ambik tindakan. Bila ada kes kecurian plak akan ada rela yg meronda. Ceta bab kes kecurian ni ada gak yg x bole nak ambik tindakan bila ada kecurian. Sbb ada objection bila buat tangkapan. Ada la se

all the way to yan

     Aku ambik cuti 2 hari. Nak jaga mak dan nak sambut raya. Balik sj ada berita lg....darah tinggi pak pun naik juga. That's mean from one become two. Dua2 kena jaga. Mungkin minggu lepas pak banyak mkn ubat sakit urat. Raya kali ni rasa agak hambar. Kat ofis pun keja bertimbun. Tp dah beres. Bila time2 mcm ni ada yg nak jd kepochi....aku jd pelik dan nak tergelak. Sbb? Ada yg tanya pasal pa aku x berniaga. Aku jwb jugak ada aku jual jugak. Tp dah org yg tanya tu x beli. Tp dok tanya plak pasal apa aku x berniaga. Well...patut tanya diri sendiri dulu....pasal apa aku x beli. Seminggu ni aku dok pakai tudung kelantan. Ada gak yg tanya pasal apa aku x beli banyak utk jual. Ini pun ada gak jawapan aku. Aku x plan nak pi kelantan so aku x plan nak jual la. Aku pi kelantan hari tu pun sbb escort org tua aku yg nak pi. Aku x harap nak biar bg depa pi sendiri. Memang aku x bole drive pun tp at least aku ada.      Bila banyak sgt pertanyaan tu buatkan aku terfikir misteri sgt ka hidup a

naik minyak

     Smlm ktnya harga minyak naik. Aku naik minyak? Almost la. Sbb. Batang kayu yg buang dlm longkang bole naik balik ke tebing longkang. Pandai plak dia kerabat.

pais ajaib

Image
Pais ni aku buat guna pemanggang ajaib. Aku suka sebut semanggang lg. Sbb xdak daun pisang. So guna sj la apa yg ada. Daun kunyit pun ambik yg tua. Mana la nak cari pucuk kunyit. Truly malaysian la mlm ni.