Doa awal tahun

 Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW , ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku  kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami  nabi Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat- sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata,
" Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".

Comments

Popular posts from this blog

tailo atau taiko...

syabas bete....

jong jong inai