Posts

Showing posts from September, 2016

Sangkar

Image
Yg tengok sangkaq ni mesti terbayang ikan mahal2 dlm sangkaq. Tp mcm mana nak uruskannya. Ini contoh sangkaq melayu. Kalau sangkaq cina ada berpuluh2 petak. Dgn bermacam2 ikan. Dan ada ramai pekerja luar negara. Dan juga berlpuluh2 ekor pengawal (anjing). Nak urus benda alah ni pulak memang payah. Kalau x tahu selok belok nelayan memang x boleh buat. Kena guna man power yg banyak. Yg jd taukeh tetap cina. Yg meletakkan harga ikan tetap cina. Bukannya nak racist tp kesian tengok yg membanting tulang. Menyelam ke bawah sangkaq ni cuci. Nak pacak bakau lg. Begitulah susah payahnya mereka mengharungi hidup.

Harap

Harap2 ada yg sudi baca. Jgn nak baca yg sensasi sj yg aku tulis. Yg ni pun elok baca jugak. Semua org miskin la ni. Jgn tipu...

Idea

Mulanya aku x la suka sgt nak ckp pasal politik. Sbb aku adalah kakitangan kerajaan. Yg aku nak ceta pun pasal kerajaan jugak. Tambah lg ada yg mulut capui pi ceta kat ofis aku. Memang naiya la aku. Tp ini soal idea. Soal ideologi. Fahaman. Kepimpinan. Kehidupan. Aku mesti bersuara jugak. X boleh la dok puisi sj. Sapa yg nak faham sgt dgn puisi. Biar ckp terus terang sj. Bukannya nak burukkan sapa2. Mcm org lihat aku dok dlm bilik kaca tu la. Ada yg benci sgt2. Tp aku rasa syukur sgt2. Mcm tu jugak yg jd pemimpin. Cumanya apa2 yg salah harus di betulkan. Jgn sampai menyeleweng dan menyusahkan. Mcm apa yg aku tulis pasal buruh kasar tu la. Tgn buruh kasar tu kemstu. Bini depa plak selekeh sbb miskin. Anak2 plak x dapat lari dari miskin. Mampukah pakai losyen? X mampu. Nak buat mcm mana bg mampu? Kena mencuri la. Merompak. Tah apa2 lg yg nak buat. Org mest kt xkan xdak keja halal. Ada keja halal. Cuci pinggan kat kedai mkn. Duit upah boleh beli nasi sj. Mcm mana nak beli yg lain. Baju. N

Politik

Semenjak dua menjak ni dok tertarik dgn politik sabah. Dok bg pendapat. Tp bila fikir balik mcm mana dgn politik kedah. Politik yan. Kesian sungguh. X tahu apa nasib yg bakal menimpa. Dok tengok politik penang teruk politik yan pun bakal terima nasib yg sama aku rasa. Kalau sebelum ni seperti ada pakatan yg kukuh dlm pemilihan tp kali ni mcm dah jd tersasar. Kenapa aku kt mcm tu. Nak pangkah siapa. Nak pangkah pas dah dok baik dgn umno. Mau x mau kena pangkah parti dr m jugak. Tp kena pastikan menang jugak untuk pastikan menang. Bolehkah menang bila kuasa duit mengatasi segalanya.  Dpt sikit2 ni pun dah kelabu mata. Tapi mampukah org kedah cuci mata. X pandang duot dan ganjaran. Boleh demi negara dan nemi rakyat. Bimbang dgn sabah nmpknya kedah jugak jd mcm tu jugak.

Rindu

Rindu dan sesungguhnya rindu. Bahasa apakah yg perlu aku ucapkan lagi. Bila rindu membara hanya airmata pengubat rindu. Cisss...berpura2 pulak aku. Kenapa aku tidak menangis. Kemana hilangnya airmata ini. Sudah keringkah? Atau aku ada penyakit yg takkan menangis kerana cinta.

LANGIT DAN BUMI

Image
LANGIT DAN BUMI Langit Luasnya tak tercapai dek pandangan Tempat segala bintang dan bulan Bergantungan tanpa talinya Matahari dan bulan yang saling berkejaran Tanpa ada pertemuan Kau di sana dan aku di sini Bumi Menghijau bumi tuhan Lautan biru yang mendamaikan Disaat mencari ketenangan Tetapi ada masanya laut itu Bergelora juga dengan awan hitam kelam Langit dan bumi Di saat mencari sesuatu yang tak pasti Ke hujung dunia pun tidak akan bertemu Bila kejauhan Seperti akan jatuh bila di hujung dunia

Indahnya pengorbanan

Hari ini semua umat Islam merayakan hari raya korban. Sesuatu telah terjadi aku rasa. Aku rasa la. Kerana aku ni selalu lambat dalam segala hal. Bila berbual pun aku perlukan penerangan yang agak panjang lebar baru nak faham. Ada yang melatah kat ruangan mukabuku. Mengamuk macam tu sekali-sekala pun bagusnya. Supaya orang tahu akan adanya kehadiran kita. Tidak la orang main jalan saja dok langgar kita. Kisahnya ada yang cemburu dalam mukabuku. Bila dalam satu kumpulan yang besar macam inilah jadinya. Tak kira la perempuan atau laki-laki. Semuanya ada perangai masing-masing.

KHAS UNTUKMU

Image
KETUAAN Ketuaan kadang-kadang  kebanggaan? Kulit menjadi kerepot dan mata pun kabur Ketuaan pun menjadi duri dalam hidup Tak sedar dalam duri itu Ada lemak manisnya hidup Tak sedar jugak ada harum yang menusuk Yang kadang-kadang boleh menjadi raja Dan ada jugak yang membenci Lantaran terlebih harum eu de durinya Dalam hidup aku hanya 2 orang yang kata aku tua. Dan ini untuk 2 orang itulah. Terimakasih kerana mengingatkan aku pada kematian. Ketuaan bererti kematian. Dan semoga anda berdua akan kekal dalam keremajaan selama-lamanya. Insyaallah. ..

Sinar mataku...

Image
Sejak kebelakangan ini. Ataupun sejak azali lagi kehidupan aku jadi kalut. Kalut dengan berbagai peraturan yang terpaksa aku ikut. Hahaha...peraturan yang membuatkan aku kalut? Betullah aku ni suka pada hidup yang tidak berperaturan. Aku mempunyai orangtua yang berusia. Orangtua aku amat menyayangi cucu-cucunya. Pantang dengar cucu minta duit, cepat-cepat nak pi masukkan duit ke dalam akaun cucu. Tapi sayang dia tak pandai nak berurusan dengan mesin. Mungkin orang-orang lama ni hanya biasa berbicara dengan manusia. Tak macam kita yang lebih senang berbicara dengan mesin dan komputer. Ada kekasih pun tahap komputer. Berbalik pada kisah orang tua aku tadi, akulah yang terpaksa mengambil-alih tugasnya itu. Berbicara dengan mesin ATM tu.

Kemaafan terindah

Image
Sempena aidiladha ni ada banyak lontaran kemaafan ku lihat. Dan aku? Hanya membisu. Dalam keadaan begini lebih baik menjadi batu. Diam dan beku. Dan bila terkena air yang mengalir batu itu menjadi bertambah dingin. Itulah yang aku rasa saat ini. Berkata-kata hanya menambah sakit pada luka yang ada. Dan kata-kata yang aku lontarkan pun pastinya setajam sembilu. Dan akan melukakan orang lain juga. Dan perkara terbaik yang aku rasa aku patut buat ialah berdiam diri. Tapi aku tertarik jugak nak berkata-kata tentang kemaafan ini. Kemaafan adalah dendam yang paling indah. Ya ka? Dendam akan terleraikah kalau hanya meminta maaf. Luka akan terubatkah dihati kalau hanya memaafkan. Hanya 4 huruf. MAAF. Bagaimana dengan airmata yang gugur ke bumi. Airmata yang telah meresap ke bumi. Sanggupkah bumi memulangkan balik. Bagi aku semuanya sia-sia saja. Terlajak perahu boleh di undur. Sayangnya perahuku ditambat kukuh.

Jujurlah padaku

Image
Adakah yang jujur melampau. Dalam sebutan yang lainnya terlampau jujur. Aku teringat lagi ayat si kuning hari itu." Kesian dekat orang tu yang awak kata dah kawin tu." Aku pun tak boleh berbuat apa-apa. Dan hanya sekadar menyoal kembali." Siapa tu?" Dan si kuning pun tidak menjawap dengan tepat. "Orang tu la." Katanya selamba. Tapi aku yang pantas meneka. "Awak ke?" "Oh awak la yer. Awak tu bujang trang tang tang lagi." Itu saja yang mampu aku katakan pun. Siapa yang berkata begitu. Mungkin itu ayat penafiannya yang paling jujur. Yang paling jujur yang pernah aku dengar aku rasa. Kalau sebelum ni kalau ada yang tertangkap dengan perempuan lain begitu pandai mengelak. Adik la. Kakak la. Entah apa-apa lagi alasan mereka. Ya...jangan lupa lelaki adalah kaum yang mempunyai akal yang melimpah ruah. Sebab itulah talak ada di tangan mereka. Hishhh...apa kaitan talak dengan pembohongan lelaki ini. Setelah mengaku dengan jujur pun hilang jugak

Rindu yang sakit.

Image
Aku selalunya akan terasa sakit hati bila ada yang dok merindu tahap gaban. Merindu orang yang dah meninggal contoh nya. Kalau menangis airmata darah pun takkan menghidupkan semula. Hanya dengan doa saja dapat menenangkan. Tapi dalam kes aku ni pergi tak kembali. Tapi masih ada ekoq jugak yang kelihatan sikit2. Kalau nak pergi tu pergi saja terus. Tak payah nak bye bye kat aku. Tapi bila ada saki-baki tu yg rasa menyesal sgt.

Ceriakan hatiku

Image
Malam ni baru nak redah jam.. Layan dulu gambar pengantin buka hadiah.

HUJAN YANG TURUN

Image
Hujan yang turun pagi ini Membuatkan kaki tak mampu Melangkah bendul sekali pun Sejuk yang mencengkam Yang datang bersama angin semilir Laut di sana pasti bergelora Ombak pun pasti sedang menggulung hujah Dan nelayan pun hilang kata-kata Bila melihat ikan-ikan bersembunyi Di dasar lautan yang biru kelam Awan pun terasa ingin menghempap Kapal besar yang sering menodak sampan kecil Ahhhh....tunggu lagi Kopi panas jadi teman setia Bila kopi sejuk Harapannya hujan akan berhenti

CERITA KITA

Setiap hari ada saja cerita Suratkhabar bukan lagi pencerita Dakwatnya sudah kusam berbalam Tatkala dedaunan pun meratap pilu Bila sang kayu menjadi kertas Hari ini  Berita sudah menjadi maya  Berlegar di mayapada Anak kecil yang baharu lahir Pun tiba-tiba menjadi terkenal Mendapat banyak 'suka' tak terhitung Sedang nenek tua menjadi ter'suka' Ahhhh....'suka' di sana-sini Hampir-hampir tidak tahu apa yang tidak 'suka' Bila semuanya 'suka' hatta tangisan perpisahan pun

Akan ku coretkan.

La ni aku dah macam kemaruk dok menulis kat blog plak. Kat mukabuku pun ada jugak aku tulis. Cumanya buat masa sekarang aku dah malas nak selfie. Bukannya bagus pun. Buat bagi banyak masalah ada la. Cumanya bila rajin nak menulis ni kena banyak membaca. Aku ni jenis yang tak berapa pandai nak baca dalam internet. Cuma aku memang tak boleh lekang dengan mukabuku dah. Tapi bagus jugak bila baca mukabuku ni sebab ianya dapat bagi idea kat aku. Tak tau la bila nak dapat peluang pergi ke pekan rabu.

AKU DAN DIA

LORONG TUNKU ABDUL RAHMAN Entah yang ke berapa kali Berjalan melewati lorong bapa kemerdekaan Nama besar Tunku Abdul Rahman Melangkah kaki ke gedung mewah Sejak waktu dhuha hampir tamat Jurujual jelita menunduk ramah Tanda setia berkhidmat pada tetamu Asalkan kocek tetamu kembung berisi Segala hasrat akan tertunai Sehingga apa yang ada kekeringan Melalui lorong bapa kemerdekaan Semuanya berwajah asing Dan tentunya berbahasa asing jugak Kenderaan hilir-mudik tiada kesudahan Tolong jangan jadi terasing di bumi sendiri Inilah lorong merdeka NORIZA

Kenduri

Image
Kenduri dah selesai dengan jayanya. Pengantin agak debab. Hahaha. Sedapnya aku ni nak kata kat orang aku ni. Cer tengok diri sendiri dulu. Tp selalunya yang nak jadi pengantin ni akan jaga diet betul. Selalunya depa akan pastikan badan jadi slim menawan pada hari bahagia. Tp dalam kes ni pasangannya pun agak debab. Jadi masing2 berlumba-lumba bina badan la. Ini cuma teori aku saja. Dan bila di nasihat suruh kurus pun macam tak jalan saja. Aku dok berleter kat anak buah aku suruh kuruskan badan pun dapat reaksi yang sama jugak. Baru lah aku buka kisah aku dulu-dulu yang boleh pakai kebaya ketat lagi. Alasan depa haram pulak pakai ketat. Jadi biar saja la badan jadi gajah pun. Nak kisah apa kannn. Badan sendiri. Balik pada ceta kenduri plak, beg untuk tetamu pun berbaki berlambak lagi. Tapi tetamu yang mai tu agak ramai la. Meriah aku tengok.

AKU BUKAN SIAPA-SIAPA

Image
Ketika berjalan di lorong-lorong ini Di kota besar ini Rumah besar, kereta besar Serba-serbinya besar Nafsu yang kian menggunung Temolok pun bertambah melebar Menjadi terowong yang pintar Masuklah apa saja Gerabak keretapi dengan kepalanya Pun masih boleh di telan Berjalan di lorong ini Setelah 56 tahun merdeka Kiri-kanan sudah berbahasa asing Walaupun darah yang mengalir Sama warna tapi belum tentu satu tujuan Berjalan di lorong ini Memandang keatas langit Seperti  keretapi mahu menghempap dada Kereta sudah seperti semut api Yang bergerak dengan minyak dan api Berjalan di lorong ini Ketika hujan di waktu pagi Bila-bila pun minyak dan air Seperti sudah bersatu Bila dalam kesejukan menggeletar Sekelumit api pun tidak akan menyala Tinggallah semuanya dalam kesejukan

Pertahankanlah

Image
Bukannya nak bergaduh dengan sesiapa bila aku nak pertahankan pendapat aku sendiri. Sejak bila-bila pun perangai aku memang macam ni. Mungkin ada kesilapan masa kelahiran mungkin. Hahaha. Lucu jugak kalau macam tu. Macam cerita tamil atau cina. Tapi ini adalah kelahiran anak melayu. Islam. Tidak semestinya ada kaitan dengan semua benda khurafat itu. Khurafatlah kalau percaya ada kuasa lain selain Allah. Kelahiran aku pun macam biasa saja. Cuma disaat hendak melahirkan itu ada komplikasi sedikit. Ada masalah yang membuatkan kesukaran aku hendak keluar dari perut ibuku. Dan bila keluar pulak bayi yang bernama aku ini menangis tak berhenti-henti sehingga terpaksa berpindah tangan kepada ibu saudaraku. Dan itulah sebenarnya bermulanya segala pemikiran songsang yang aku ada. Bila semua orang berketawa di ofis, tiba-tiba saja aku bermuram-durja. Dan bila pulak aku diminta selesaikan masalah apa pun jua, aku lebih suka mengambil keputusan yang macam-macam. Yang pasti akan ada yang berkata.&qu

Kenangan

Image
Lorong Tunku Abdul Rahman. Nama yang gah. Bila sebut saja jalan TAR, memang biji mata orang pompuan akan naik bintang. Bersinar-sinar bak bintang kejora. Bila ceta bab jalan TAR ni aku pun sama jugak. Bukankah aku jugak pompuan. Orang pompuan ni akan jadi separuh gila bila tengok beg tangan yang bermaca-macam jenama. Pasal harga tolak tepi. Kadang-kadang murah sikit saja dari tempat lain. Itu pun dah di kira murah sangat. Aku? Aku jarang beli beg tangan kat Sogo. Tapi aku masih jugak beli di supermarket yang bertaraf mewah jugak. Sebab bila beli tu seperti terasa kelembutannya. Ceta pasal gedung mewah ni aku pernah pergi ketika ianya baru nak beroperasi. Ketika itu pukul 11.00 pagi lebih kurangnya aku rasa. Ketika waktu dhuha sedang hampir tamat. Jurujualnya akan tunduk hormat sambil ucap selamat datang. Apa lagi kembang kempis la hidung aku. Bangga yang amat sangat bila di beri layanan umpama orang penting. Ya...memang setiap pelanggan itu penting bagi mereka. Penting untuk mereka

Peradaban yang indah..

Image
Penat jugak tajuk tu. Macam berat saja. Peradaban. Adab. Aku ni bukan la pandai sangat bab adab dan sopan ni. Nak berbual dengan ramah-tamah pun tak pandai. Sebab itu la masa periksa kat sekolah dulu aku gagal dalam perbualan. Ini rahsia tau.hahaha. Kisahnya aku amat-amat berkenan bila tengok adab orang yang bersalaman dengan orang lain setiap kali bertemu. Seumpama semut yang berjumpa rakan semut yang lain. Pernah jugak aku memerhati sekawan semut. Balik pada bab bersalaman dulu-dulu aku merasa amat geli kalau yang bersalaman lepas tu berpelukan. Lepas tu cium kat pipi pulak. Rasa nak hindar dari orang yang macam ni. Sementelah masa nak salam tu aku baru saja bangun tidur. Tak dapat nak bayangkan weii. Aku tak mahu komen panjang lebar sangat. Tapi apa yang bagusnya kita boleh berselawat setiap kali berjabat tangan. Genggam tangan erat-erat dan tengok ke dalam anak mata orang yang bersalam dengan kita tu. Sebab itu lah indahnya peradaban.

Akukah yg terlewat atau masa yg tercepat.

Image
Ini cerita yang biasa bg yg berumur macam aku. Yang tak kahwin-kahwin lagi. Walau pun dah terlajak waktu. Bukannya tak teringin tapi memang tak teringin pun. Hahaha. Ayat apa ni kann. Teringin tapi tak teringin. Kadang2 teringin tapi ada masanya rimas berteman. Macam tu sebenarnya perasaan aku. Kisahnya Eka dok tanya. Biasa la budak-budak. Dan soalannya aku akan jawab dengan sedaya upaya. Tanpa mengira dia dapat ilham dari mana. Soalan Eka yang pertama..." Pasal pa bila orang mai makjang selalu tak keluar?" Payah jugak nak jawab ni. Akhirnya aku dapat jawapan yang sesuai." Mjang tak keluar sebab makjang tak boleh berbual dengan orang lain. Berdosa kalau berbual dengan orang lain." Logik jugakkan jawapan aku ni. Tapi dia ada lagi soalan. "Pasal pa mak boleh saja bersembang?" Adehhh...apa lagi aku nak jawab ni. "Mak takpa la. Mak dah kawin. Sebab tu mak boleh saja bersembang dengan orang lain." Lega aku rasa sebab lepas tu dia senyap. Tak tany

Kebosanan seperti menjerut.

Image
Rimas. Itu saja satu perkataan yang dapat aku katakan. Bila buka mukabuku dan terpaksa menjawab macam-macam soalan. Sebenarnya aku tap pandai nak berbual pun. Kalau ikutkan hati aku nak like saja. Tp x boleh la macam tu. Orang like hak kita. Lepas tu kita plak like org tu. Aku bosan sebab asyik komen yang sama. Aku bosan sebab penat weii dok ambik gambar tu dok sia2kan sj dgn masuk group. Bukannya group tak bagus. Tapi kena seimbang. Nak bagi seimbang la agak payah sekali.

Semilir dingin agin pagi.

Image
 Pukul 4.30 pagi kami bertolak. Perjalanan lancar saja tapi kearah utara memang nampak sangat padat. Jem teruk. Rasa seronok kena angin pagi.

Semilir angin...

Semalam dah ubah rancangan saat akhir. Tidak jadi bertolak ke ipoh semalam. Kasihan jugak sbb tak pi sana. Kalau ada sedara yang lain tu mcm ok la. Tapi kalau tidak ada yang lain kasihan la kat pengantin. Sunyi sepi sj majlisnya. Kami semua bermalam di Alma dulu. Lena pun macam lena-lena ayam saja. Abang ipar aku kata nak bertolak pukul 4 pagi. Pukul 1 tengah malam kakak aku bangun buatkan bekal. Goreng bihun sj.

Kenapa lidah jadi kelu

Ada yang seperti mencabar aku untuk melakukan sesuatu. Menulis sesuatu. Dan aku pun sememangnya teringin untuk menulis novel. Setelah beberapa kali cuba mencipta sajak. Dan aku ingin menulis novel pulak. Seperti novel onbak bukan biru contohnya. Ataupun seperti novel saga. Dan sebagai permulaannya aku akan menulis dalam blog ini. Menulis apa saja yang aku rasa nak tulis. Apa yang terjadi seharian aku. Soal kerja aku kah. Bila aku menulis soal kerja aku pun rasanya aku akan lebih mudah mendekati golongan yang berurusan dengan aku seharian itu.

Fotographer dan penulis

Image
Mula2 aku terjebak dengan fotographer. Kemudian dgn penulisan pulak. Bila dalam bidang fotographer ni rasanya semua dlm bidang iklan ataupun jurugambar kawin sj. Yg iklan sikit sgt aku rasa. Tapi lama-kelamaan terlampau banyak kerenah dalam group yang amat besar. Bermacam-macam kerenah itu yang membawa kpd perpecahan. Aku beraluh dari satu group ke satu group. Sampai la aku tiba ke group penulisan. Bergaul dgn ramai org membuatkan kita tahu bermacam2 perkara. Situasi di sana-sini. Tapi keadaan persekitaran dalam politik pun aku rasa turut memainkan peranan jugak. Bila tidak ada sokongan dari pentadbiran kerajaan bererti tidak ada jugak la sokongan keewangan. Sokongan keewangan itu penting. Dunia fotografi ini pun penting sebenarnya. Amat elok sekiranya terdapat papan2 iklan dgn gmbr2 yg menarik di tepi jln. Mcm tu jugak dgn sastera. Sastera ialah peradaban manusia. Peradaban ialah adab dan susila. Ianya bermula dari sekecil2 perkara. Macam jugak aku menulis ni pun. Bila ada perkataan y

Nenenda..

Image
Ini bahasa surat dulu2. Tapi di gunakan jugak untuk kerabat diraja. Apa yang aku nak sampaikan ialah setahun dari sekarang aku akan bergelar nenek. Nenek muda yang separuh abad. Dah dekat 50 dah pun umur aku. Malam ini akan ada cucu penakan aku yang nak kawin. Betul la kata si merah aku ni dah tua. Memang agak teringatkan si merah sejak kebelakangan ni. Bila aku teringat saja aku akan jadi lebih sakit hati bila teringat akan suara2 sumbang dulu. Atau pun hanya aku saja kut yang terlampau mendengar suara2 sumbang tu. Si merah tak mcm tu pun kut. Macam jugak dulu2 tu pun. Aku asyik layan suara sumbang tu sampai caca merba jadinya. Ahhhh....suara2 sumbang nama pun. Kalau aku tak mau dengar pun akan berbunyi jugak. Kenapa tak ada pulak suara2 yang tak sumbang. Tak ada salahnya kalau ada suara2 yang mendoakan untuk kebaikan. Lebih tepat lagi suara2 yang mengajak kearah kebaikan. Dulu pun tak berbunyi mcm tu. Seorang saja yang pernah bertanya aku. "Ada tak rombongan pi sembang2?"

Ombak bukan biru

Image
Tiba2 teringin nak baca novel ombak bukan biru. Bila aku baca dan baca semula, aku dah jd seperti watak dlm novel tu. Menjadi seperti seekor camar yg terbang dari sebuah pulau ke pulau yg lain. Hinggap hanya sementara menanti ribut reda. Ribut yg melanda dalam hati ku sendiri. Tidak ada siapa yg dapat meredakan ribut ini selain diriku sendiri.

Bila kau tiba

Image

Akukah yang bersalah

Image

Selamat malam

Image
Selamat malam jumaat. Penghulu segala hari. Semoga bermimpi indah. Buat semangat untuk hari esok

Butakah aku dalam cinta

Image
Hari ini seperti semangat baru muncul kembali. Semangat yang sejak beberapa bulan ini seperti terbang di tiup angin. Semangat aku seperti di renggut oleh raksasa saja. Dan pagi ini segala-galanya seperti sudah pulih seperti sediakala semula. Walau pun masih ada lagi bayangan-bayangan si merah yang muncul.

Jika kau mengerti

Image

Ingin ku mengembara ke dasar hatimu

Image

Kekasihku entah dimana...

Image
Berjalan-jalan mengambil angin di sekitar kampung adalah yang paling nikmat sekali. 

Hari-hari tanpamu

Image

Rindu lagi

Image
Perjanjian aku dgn diri sendiri hampir separuh dan brrjaya. Perjanjian yang aku buat untuk tidak marah-marah ketika menulis dalam mukabuku seperti telah berjaya. Sudah beberapa hari aku tidak marah. Biar hati aku sakit macam mana pun aku tetap bersabar saja. Kalau marah-marah pun aku rasa macam tak berbaloi saja. Bukannya orang yang aku marah tu baca pun. Cuma tekanan darah aku saja yang main meningkat. Oleh kerana menjayakan kejayaan aku tu.....makanya aku dengan berbesar hati belanja gambar aku sekeping.

Jiwang 2

Image
HIDUP MUKA BUKU Muka buku ini terlampau banyak coretannya Babnya hinnga tak terselak Seluruh hidup dikaji pun x terkhatam Ada sj yg dipadam sblm dikaji Sedetik terpadam muncul lg bab baru Dgn nama baru dan wajah baru Tertulis sejuta kisah misteri yg nyata Terpahat juga cinta yg rapuh Terkadang sekejap ada dan sekejap tiada Larut dlm arus gelora hidup Ianya hanya bayangan yg nyata Tidak mengenyangkan Seperti sepinggan cekodok dan secawan teh Muka buku itu hanya bayangan Tilam dan bantal Di waktu ingin mengucapkan Selamat malam yg panjang.

Mood jiwang

Image
 KISAH PELUKIS JALANAN Kita adalah pelukis sejak azali Melukis dan melakar sesuatu Kita adalah darah seni Halus yang mengalir dalam dada Dalam mata Dalam hati Kita adalah kita Pelukis tanpa wajah Tanpa nama Tanpa apa-apa Tapi seringkali mengharapkan ada pelangi Walau hanya seketika Biar pun titik-titik hujan itu Adalah airmata sang pejuang Kita masih terus melukis Kerana lukisan hidup Adalah perjuangan yang abadi NORAINI

Pakaian

Ini bukan istana kellie tp kat ofis sy di perda. Sebenarnya nak ceta 0asal etika berpakaian. Etika berpakaian utk org ofis ni baju kebangsaan kaum masing2. Ada jugak etika utk yg berurusan di ofis pun. Sebenarnya etika berpakaian ni semua org tahu dan patuh. Macam kerja kilang pun bila masuk sj kawasan kilang kena pakai pakaian seragam kilang. Utk yg bahagian yg amat sensitif dgn habuk plak di sediakan pakaian dan kasut yg lain plak. Takut habuk2 yg ada kat kasut dan baju tu akan melekat kat produk kilang tu. Mcm tu jugak dgn adat2 agama utk semua kaum. Ada pakaian2 yg khusus jugak. Begitu lah jugak utk yg mai berurusan di pejabat kerajaan.

Mari berpantun ubat hati duka

Perahuku mudik ke hulu Sarat muatan barang dagangan Usahlah adik merindu Simpan saja senyuman dalam kenangan

Bizis

Image
Bila menjanda ni memang semua kena buat sorang la. Bila ada tinggal masalah tu memang penin la. Dan bila ada yg nak bg jd lg rumit jd lg berat la masalah tu. Kalau biasa2 tu biasa sj. Tp dah jenis sokong bawa rebah memang pyh la. Apa pyn biar pi la. Dah buat sorang2 kannn. Raya ni memang aku nak boikot terus. Nak dok dlm bilik sj. Ataupun keluar ambik gmbr sj. Biar pi la org nak kt apa pun. Kat ofis x bole cuti. Kat rumah plak mcm2 hal timbul. Semuanya menyakitkan hati. So biar pi sj la. Dah x bole nak buat mcm mana dah. Sehari sj aku nak balik pun. X padan dgn nak penat. X pyh fikir banyak2 lyn dulu gmbr hari ni.

Tercabar lg

Image
Sejak kemarin aku tahan marah sj. Nak marah tp x boleh. Diam sj. Diam dan diam dan hari ni pun meletus setelah aku dah x daya nak bersabar.

Kolot

Image
Kdg2 aku rasa aku ni mcm amat2 kolot. Apa isu terkini. Kemarin gaduh lg. Gaduh sbb ada yg gelakkan aku sbb gelak org nak pi haji. Aku gelak sbb muda lg nak pi haji. Tu plak secara tiba2 sj nak pi haji. Budak tu plak jenis ho ha-ho ha ni. Bila ptg aku jumpa nak say bye2 aku sempat pesan. Ayat aku....hang doa la bg dpt jodoh kat jabal rahmah. Ayat dia....xpa la. Nanti sy pi peluk jabal rahmah tu. Ayat aku.....jgn hang dok ckp yg bukan2 mcm tu kalau pi sana. Pi sana segala percakapan dan segala doa akan termakbul. Itu pengalaman aku. Segala perbuatan kita seperti di tayang semula. Dan kita akan melihat dgn penuh penyesalan. Penuh rasa sebak di dada. X caya cer try pi umrah dulu tengok. Lepas aku ckp mcm tu baru la nmpk muka dia mcm serius. Benda ni x boleh main2. Perkara yg paling aku marah ialah bila x perihatin langsung. Aku paling marah bila x perihatin bab pompuan. Pompuan ni makhluk yg sensitif. Sensitif sbb perasaan aku x kisah sgt. Sensitif dari segi hukum agama. Duduk berdekat2

Isu

Image
Bila aku tulis yg hangat sj mencanak sj org baca. Kalau x mandom sj. Ada org teringin nak tau sgt apa aku rasa. Apa aku nak kata. Apa kejadian yg sebenarnya. La ni nak fikir sajak pun mcm blank sj. Kosong.

Penat..

Image
Mata jd penat bila dok baca sj. Belek skrin pc. Lepas tu belek plak skrin hp. La ni dah advance sikit konon dok edit plak. Aku belek balik mesenger..salah aku suruh add balik. Mangkuk tu plak pi add balik. Memang dua2 mangkuk hayun sungguh. X boleh nak kt apa dah. Tp mangkuk tu memang advance pun. X bole nak kt apa dah. Mcm si roslan tu kt la...depa cari gmbr. Tp gmbr2 dia agak ok sj pun. Ok la lyn gmbr aku dulu mlm ni. Panas kat dlm dah sejuk sikit.

Lost control

Aku maki lg. Memang x bole sabaq dah. Bukan hal aku pun tp aku penat bila dok masuk meeting dok dengaq jugak. Tp bila mai nak buat semua buat lepas tgn. Yg berkaitan dok ikut sj. Aku memang dah bengang sgt dah. Mcm pandai masing2. Tp bila nak buat mcm hampeh. Geram sungguh aku. Padahalnya benda tu dah ada persetujuan masing2. Dah tau pun apa yg patut di buat. Tp dok buat bodo jugak. Memang aku maki lidah bercabang la. Sat ckp mcm tu. Sat ckp mcm ni. Kalau x boleh buat ckp sj dari awal2. X pyh dok susahkan org. Nak lyn gmbr ka? X pyh. Oleh sbb marah sgt x boleh nak lanje gmbr aku. Gmbr aku mahai. Nak gmbr tangkap sendiri. Duit banyakkannn....