Kemaafan terindah

Sempena aidiladha ni ada banyak lontaran kemaafan ku lihat. Dan aku? Hanya membisu. Dalam keadaan begini lebih baik menjadi batu. Diam dan beku. Dan bila terkena air yang mengalir batu itu menjadi bertambah dingin. Itulah yang aku rasa saat ini. Berkata-kata hanya menambah sakit pada luka yang ada. Dan kata-kata yang aku lontarkan pun pastinya setajam sembilu. Dan akan melukakan orang lain juga. Dan perkara terbaik yang aku rasa aku patut buat ialah berdiam diri. Tapi aku tertarik jugak nak berkata-kata tentang kemaafan ini. Kemaafan adalah dendam yang paling indah. Ya ka? Dendam akan terleraikah kalau hanya meminta maaf. Luka akan terubatkah dihati kalau hanya memaafkan. Hanya 4 huruf. MAAF. Bagaimana dengan airmata yang gugur ke bumi. Airmata yang telah meresap ke bumi. Sanggupkah bumi memulangkan balik. Bagi aku semuanya sia-sia saja. Terlajak perahu boleh di undur. Sayangnya perahuku ditambat kukuh.

Comments

Popular posts from this blog

tailo atau taiko...

syabas bete....

terkendon