AKU BUKAN SIAPA-SIAPA
Ketika berjalan di lorong-lorong ini
Di kota besar ini
Rumah besar, kereta besar
Serba-serbinya besar
Nafsu yang kian menggunung
Temolok pun bertambah melebar
Menjadi terowong yang pintar
Masuklah apa saja
Gerabak keretapi dengan kepalanya
Pun masih boleh di telan
Berjalan di lorong ini
Setelah 56 tahun merdeka
Kiri-kanan sudah berbahasa asing
Walaupun darah yang mengalir
Sama warna tapi belum tentu satu tujuan
Berjalan di lorong ini
Memandang keatas langit
Seperti keretapi mahu menghempap dada
Kereta sudah seperti semut api
Yang bergerak dengan minyak dan api
Berjalan di lorong ini
Ketika hujan di waktu pagi
Bila-bila pun minyak dan air
Seperti sudah bersatu
Bila dalam kesejukan menggeletar
Sekelumit api pun tidak akan menyala
Tinggallah semuanya dalam kesejukan
Di kota besar ini
Rumah besar, kereta besar
Serba-serbinya besar
Nafsu yang kian menggunung
Temolok pun bertambah melebar
Menjadi terowong yang pintar
Masuklah apa saja
Gerabak keretapi dengan kepalanya
Pun masih boleh di telan
Berjalan di lorong ini
Setelah 56 tahun merdeka
Kiri-kanan sudah berbahasa asing
Walaupun darah yang mengalir
Sama warna tapi belum tentu satu tujuan
Berjalan di lorong ini
Memandang keatas langit
Seperti keretapi mahu menghempap dada
Kereta sudah seperti semut api
Yang bergerak dengan minyak dan api
Berjalan di lorong ini
Ketika hujan di waktu pagi
Bila-bila pun minyak dan air
Seperti sudah bersatu
Bila dalam kesejukan menggeletar
Sekelumit api pun tidak akan menyala
Tinggallah semuanya dalam kesejukan
Comments
Post a Comment