Mood jiwang

 KISAH PELUKIS JALANAN

Kita adalah pelukis sejak azali
Melukis dan melakar sesuatu
Kita adalah darah seni
Halus yang mengalir dalam dada
Dalam mata
Dalam hati
Kita adalah kita
Pelukis tanpa wajah
Tanpa nama
Tanpa apa-apa
Tapi seringkali mengharapkan ada pelangi
Walau hanya seketika
Biar pun titik-titik hujan itu
Adalah airmata sang pejuang
Kita masih terus melukis
Kerana lukisan hidup
Adalah perjuangan yang abadi

NORAINI


Comments

Popular posts from this blog

tailo atau taiko...

syabas bete....

terkendon