Posts

Showing posts from July, 2014

dating...

     Raya baru ni la very2 complete raya. Xdak pun soalan cepumas. Bila masa time umur 25 dulu2 memang semua pakat dok tanya. Bila lg? Bila lg? Xkan nak dok sorang2. Kalau la bole cari kat market memang pi cari dah masa tu. Tp bila mai 4 siries  memang xdxdak dah soalan bila lg ni. Kadang2 yg dok tanya ni pun sebenarnya x fikir panjang kut. Kalau ada anak sendiri yg x kawin baru la tau rasa mcm mana bila org tanya ......bila lg? Ada ka yg suka? Budak2 tadika suka la kot. Ceta bab jodoh ni mcm2 pendapat jugak. Kena ada marka baru la ada jodoh. Kena dating2 baru la bole kawin. Tp kalau dating sgt pun haram jugak. Payah jugak nak fikir.      Kalau dah berdating pun tiba2 x jadi kawin pun x best jugak. Semua x kena. Apa yg aku nak ceta nih. Kesahnya kat rumah org x tanya....kat ofis plak dok tanya. Huhhhh.....!

judge

     Don't judge the book by it cover. Tengok dr luar x bole nak teka lg. Bole ka pakai nak scan sj. Kadang2 dengar org ceta pun x sama jugak. Itu pendapat aku la. Kadang2 penceritaan ni ada yg tokok tambah. Nak bg sdp ceta. Padahal benda yg nak ceta tu x mcm tu pun. Tp bila kenal betul2  mcm langit dgn bumi rupanya. Apa yg aku nak ceta sebenarnya? Sj aku buat ayat. Ayat2 cinta ni berkesan jugak. Mcm jugak ada yg panggil kat aku suka buat kontraversi.  Bg aku x kontraversi pun. Org yg anggap mcm tu. Tp seronok gak mcm tu. Ada gak 6g takut. Jgn main2 dgn makcik tu! Hihihi. Sampai mcm tu sekali.      Kisahnya balik baru ni...ada anak buah aku yg pakai pewarna rambut. Ok la. Itu pun kemajuan jugak. Teknologi tuh. Tp kalau tanya aku.....kalau nak buh warna letak sj warna kuning ka, hijau ka. Lg menarik. Itu kalau aku la. Dan yg paling penting sekali pewarna rambut tu haram sebenarnya. Dan aku x pernah buh warna rambut. Apa yg aku buat kat anak buah aku? Aku ckp buh la....nanti kalau m

menarik

     Apa yg menarik time aku cuti raya hari tu? Aku cuti sebelum raya 2 hari jer. Time tu la nak tunjuk skill masak yg x berapa ada skill pun. Aku x ceta pasal masak. Aku pun xmau ceta pasal nak marah kat org pun. Ada lg yg lebih menarik. Sebelum kami berbuka puasa kami akan buka radio as. Not us. Tp as. Radio kedah. Tp ya allah mak aiii....punya la berniaga. Sampai waktu nak siar azan pun rasanya ambik masa 1 minit. Aduhhhh....yg nak berbuka ni punya la tension. Dah la pagi2 dah dok jual tilam apa tah. Aduh....aku pun pelik dgn radio ni. Yg sebenarnya untuk apa radio ni.       Bila mai ofis hari ni, ingatkan aku sorang sj yg ada perasaan x puas hati ni. Member aku pun sama. Dia x puas hati dgn ayat iklan tilam tu." Ni la tilam yg sesuai  untuk isteri abang yg mengandung." Mai kita ingat balik fungsi radio  ni. Radio ni ada kat negeri. Kalau dulu2 ada juruhebah yg popular walaupun peringkat negeri sj. Ada ao dan ada jugak pak din. Di samping jd juruhebah depa ni ada jugak be

monopod

Image
Baru dok try monopod. Tp rasa x muat kut sbb ramai sgt. Rupanya monopod ni ada dua jenis. Kalau yg rm20 tu kena set kat talipon. Kalau yg rm40 tu yg x pyh set kat talipon. Ni plak monopod ori. Tudung ni aku beli kat pasifik hari tu. Dah berebut2. X perbah lg aku berebut beli selendang. Kuah kacang dan nasi impit. Very2 yummy.

sunyi...

      Hari ni sunyi sungguh. Rasa bosan plak. Kalau bising sgt pun bosan gak. Semua x kena. Balik dr cuti....org yg mai pun kurang...apa laiiii...lepak la. Semenjak dua menjak ni rasa x siok sj. Tulis pun bila baca balik x siok. Xtau pasal apa. Jd moody. Nak marah. Tah la. Nak upload gmbr masak pun xdak mood dan memang xdak mood nak masak. Balik keja hari ni pun x berapa bole nak lasak. Bergerak ckit pun pinggang rasa semacam sj. Nasib baik la org x ramai. Badan yg dah out of date kut. Apa pun aku rehat sj. Ada berita pasal flexi. Xtau la aku maksud aku. Mungkin berubah2 kut. Tunggu sj la.      Ada gak yg bg komen...ko ni aku rasa x masak...just tukang amek gmbr sj kut. Well...ada benarnya jugak. 50-50 la. Nak kt ya pun tidak. Nak kata tidak pun tidak. Tp rasa nak tergelak jugak. Apa pun itu pendapat yg bernas. Kena kaji jugak tu. Raya baru ni memang segar dr ladang. Dan patut buat selalu mcm tu. Hihihi.

family

Image
Ni sebahagian sj keluarga aku. Sebenarnya mak dgn pak aku sepupu. Ni baru separuh dr keluarga mak aku.

internet

     Kisahnya umar dok ceta mcm2 benda yg dlm fb. Rimas gak aku dengar. Alasan dia kena ambik tau la pasal isu semasa. Itu sj alasan dia. Memang kena ambik tau tp x bole la terlampau detail. Kena ambik tau ckit2 sj. Ada jugak yg terlebih canggih ada gak yg tua2 pun dok tengok internet. Bagus ka? Memang la bagus kalau dok dengar ceramah agama. Agak bagus la dr dok tengok benda lain yg x berfaedah. Contoh? Fikir sendiri la. Tp yg lebih afdalnya ialah kena pi berguru dgn tok guru. Kalau nak berguru dgn internet memang pyh la.

dah keja..

Image
     Dah mula keja balik. Bergmbr dlm bilik franki.

hari raya..

Image
     Raya kedua memang sgt2 hapening. Raya pertama tu memang malap ckit. Tp aku ok sj. X penat lg ok. Raya kedua tu kami tambah satu lg menu...sambal tumis petai. Sbb kak aku bw balik petai banyak. So awal2 lg kami dah masuk dapur. Setiap 2 jam aku kena pi baring. Kena rehat sat. Sbb rasa badan mcm nak jem. Itu pun jem jugak bila ptg. Rasa pinggang aku dah keras. Ingat dah x bole pi keja. Nasib baik ok. Antara menunya. Cik siah dok nak mkn. Cik ma dgn soul mate dia. Itu la soul mate dia. Ni plak dok tunggu nak beraya. Ni plak soul mate cik siah. Dok mkn. Ni plak soul mate cik kiah. Ni plak mak penakan pupu belah tok aku. Rajin dia melawat sedara mara. Ni plak yg baru ada soul mate. Ni plak yg nak beraya. Mcm nak nangis jer dok lyn soul mate.hihihi. Ni plak soul mate yg suka ckp.  Gelombang 'merah'. Famili cik shuaib sj yg sempat ambik gmbr. This is my two soul mate. Ni plak cik bazin dgn soul mate dia. Jauh balik nak b

2004 -2014

     Dah lama rupanya. Dah 10 tahun pun. X sedar pun. Pejam celik...pejam-celik dah 10 tahun. Kalau ada anak anak pun dah darjah 4 dah. Rasa mcm baru sj. Dok ligan bas ekpres. Dok terlentok lena atas bas ekpres. Dok belajar naik tren. Yg paling lawak sekali dok cari pintu klcc. Hehehe. 2004 -2014....mungkin itu la kejayaan aku yg paling cemerlang. X payah nak ukur dgn skt. X payah jugak nak ukur dgn stat. Ukur sj dgn jarak perjalanan. Mcm lagu alleycat...berjuta batu! Dok berebut time raya. Bukankah definasi cemerlang berbeza? Mcm jugak definasi cantik berbeza. Pasal apa cik ani dok melalut mcm ni. Cuma tiba2 teringat masa susah. Hidup ni mcm roller coster. Mcm jugak air laut. Ada pasang dan ada surut. Mcm tu jugak la hidup aku. Xtau la 2004 tu masa apa...pasang surut kut!

2004 -2014

     Dah lama rupanya. Dah 10 tahun pun. X sedar pun. Pejam celik...pejam-celik dah 10 tahun. Kalau ada anak anak pun dah darjah 4 dah. Rasa mcm baru sj. Dok ligan bas ekpres. Dok terlentok lena atas bas ekpres. Dok belajar naik tren. Yg paling lawak sekali dok cari pintu klcc. Hehehe. 2004 -2014....mungkin itu la kejayaan aku yg paling cemerlang. X payah nak ukur dgn skt. X payah jugak nak ukur dgn stat. Ukur sj dgn jarak perjalanan. Mcm lagu alleycat...berjuta batu! Dok berebut time raya. Bukankah definasi cemerlang berbeza? Mcm jugak definasi cantik berbeza. Pasal apa cik ani dok melalut mcm ni. Cuma tiba2 teringat masa susah. Hidup ni mcm roller coster. Mcm jugak air laut. Ada pasang dan ada surut. Mcm tu jugak la hidup aku. Xtau la 2004 tu masa apa...pasang surut kut!

menara maybank

     Bila tengok tangga maybank kat kl nun teringat masa aku dok berulang kat kl dulu2. Bila sampai awal kat kl dulu2 sementara nak tunggu tren yg awal sekali kat tangga menara kl tu la dok lepak. Jemu dok kat ctu pi lepak dlm puduraya. Kat ctu memang ramai org yg dok 'lepak'.

terlajak...

     Terlajak perahu bole diundur...terlajak cakap buruk padahnya. Kenapa nih? Aku cuma teringat peribahasa ni. Rasa tersentuh plak. Sbb la ni kan time raya. Just imagine kalau ada yg buat salah tp x bole nak minta maaf. Apa pun ni kan raya...kena bermaaf2an. Lepas tu buat lg salah.hihihi. lepas tu minta maaf lg. Syawal kan sebulan. Hari ni raya aku berubah ckit. Rasa banyak sgt benda yg aku buat. Pg td x pi sembahyang raya mcm selalu. Sbb? Mesjid sg yan dok buat ubahsuai dan aku malas nak pi mesjid yan. Malas nak bersesak2. Tu plak kali ni aku sorang sj dok kat rumah. Cik kiah raya kat rumah dia. So aku take over everythinh la.

tepung kek

Image
Ni plak kek. Ada beza x tepung kek dgn tepung buat kek. Tepung untuk buat kek ni ada dua jenis. Ada tepung naik sendiri. Tepung naik sendiri ni ada serbuk penaik siap dah. Satu lg tepung kek segera. Tepung kek segera ni cuma tambah telur sj. Yg ni kes silap beli. Arahannya ialah tepung kek sj. Hasilnya yg ni la. Ok la. Jd siap kek. X pyh fikir resepi pun. Kek dah jd. Kalau tepung naik sendiri nun kena dok cari resepi plak. Yg aku dok godek internet ni...x masak ke? Hmmmmmmm....!

pra raya

Image
     Hari ni pra raya. Aktiviti tentu la buat ketupat. Aku? X berapa terlibat sbb x pandai sgt tp aku buat video jugak sbb utk rujukan aku nanti. Lepas ni kalau teringin nak buat sendiri tengok sj video tu. Santan dgn pulut kena sama banyak. Kena kacau selalu. Ni plak daging utk rendang. Cik kiah yg potong. Nak masak pesamah nanti. Cik ma buat tupak.

renew..

     Semalam pi shoping kat gurun. Shoping lg!. Not really la. Kesahnya dah jd wayar shot kat rumah aku. Apa ni? Kipas angin berdiri kat  rumah aku dah rosak. My adik ipar aku dah kena 'renjatan'. So bini dia beli yg baru la. Dah x berani guna dah. Tp sebenarnya sebelum ni pun aku pun dah kena tp dok buat bodo sj. X rasa teruk sgt pun. Tp kali ni teruk ckit la. Dah berapa tahun usia kipas angin tu rasa2nya? Kipas angin tu adalah barang pertama yg pak aku beli rumah kami masuk elektrik dulu. Aku ingat lg masa pak aku beli dulu. Bw balik dgn teksi rasanya. Pak aku pegang tang tengah. Lepas tu batang kipas angin tu jd kiat. Tp masih bole guna la. Sampai la ni baru rosak. Bila rumah kami masuk letrik? Rasanya umur cik kiah. Dah dkt 40 tahun. Tu dia lamanya umur kipas angin tu.      Kemarin pi shoping tudung nak tergelak rasa. Turun sj dr kereta kaki aku dah terhencot2. Dah banyak hari selumbar apa tah masuk kat kaki aku dan x bole nak buang. Halus sgt dan x nampak. Nak tunggu samp

perinya bahasa

     Nak lupa sat pasal masak memasak. Xdak mood rasa nak masak pun. So mai kita ceta bab perinya bahasa nih. Apa tu? Peribahasa la. Pernah dengar....ayam yg berkokok berderai2, tahi bergelumang ekor. Pasal apa aku sebut ni. Ada kaitan dgn sapa2 ka? Xmau la dok marah dah. Mcm lagu eka dok nyanyi...let it go! Ceta bab ayam ni, ptg td dah siap sembelih ayam kampung 12 ekor. Utk hari raya la. Xtau la samada 6 ekor utk raya pertama dan baki 6 ekor lg utk raya kedua. Ataupun 12 ekor utk raya kedua. Aku x proses ayam tu so I follow sj la.      

kreativi minda

Image
     Cuba jugak nak jd rasional. Xmau la jd gila2 dah. Tp x berapa nak menjadi. Kelmarin buat biskut. Tp xla berapa nak jd sgt. Xtau pasal apa. Ni plak yg membantu. Kadang2 bila kena terjah tu yg jd haru biru ckit. Lari tune langsung. Semalam masa sahur dah terlambat bangun. Pak aku yg tolong kejutkan. Tu pun dah pukul 4. Apa lg memang kalut la sbb semua benda nak masak dok dlm peti ais. Semua beku. Umar bangun dok kalut cari ais ketul. Cari plak air. Aku pun pelik. Bila aku tanya pasal apa....minum aor sj dah ok ktnya. Rasa nak tergelak pun ada. Mungkin sbb dia rasa mcm aku dah x sempat nak masak. Nasi pun baru nak masak. Aku goreng deep fries ketam. Itu permintaan pak aku. Xmau kalau rebus. Ikan tenggiri aku goreng dan buat masak asam. Ingat nak buh taucu tp tengok kacang taucu pun dah x berapa segar. So itu sj la yg ada. Bancuh air kopi seteko.  Hari ni pi pasifik as. Pi pasifik yg kat pekan. Jem ckit la. Sj jalan2 cari tudung. Banyak yg dah berubah kat pekan as. Ada flyover

iklan raya..

     Dah tengok iklan raya? Iklan raya yg kayuh basikal tu yg x berapa nak logik. Kalau x silap iklan felda tu. Nak kayuh basikal balik raya kat felda!  Ohhh...tau jauh mcm mana kawasan felda? Kalau dok area pahang jugak mungkin bole kut. Tp kalau luar dr pahang kalau nak kayuh basikal tu memang lepas raya la baru sampai. Chup! Nanti ada plak geng felda mai bako rumah aku....!

iklan raya..

     Dah tengok iklan raya? Iklan raya yg kayuh basikal tu yg x berapa nak logik. Kalau x silap iklan felda tu. Nak kayuh basikal balik raya kat felda!  Ohhh...tau jauh mcm mana kawasan felda? Kalau dok area pahang jugak mungkin bole kut. Tp kalau luar dr pahang kalau nak kayuh basikal tu memang lepas raya la baru sampai. Chup! Nanti ada plak geng felda mai bako rumah aku....!

history

     Ni memang pecah rekod nih. Kalau filem tu mau pecah panggung la. Kalau lucu tu mau gelak pecah perut la. Blog aku ni x popular pun. Masak pun xla pandai sgt. Tp bole la buat. Menjahit pun mcm tu jugak. X la pandai sgt tp kalau push jugak tu bole jugak jahit. Kalau kebaya tu lepas lg la. Jgn xtau dress pun ada gak yg aku pernah buat. Jgn pandang sebelah mata la. Mcm tu jugak curtain. X la pandai sgt tp lepas la tingkap sendiri tu.      Apa aku nak ceta nih? Ohhh...lupa plak. Pasal rating blog aku. Selalu naik turun kannn. Tp kali ni satu tajuk dah naik mencanak. Bangganya aku weiii. X payah la nufnang nak bg reward ka apa. Aku sendiri dah rasa amat2 bangga. Tajuk apa tu? Tution peribahasa. Org melayu ni kaya dgn adat. Ckp tu kena berlapik. Bg manis dulu ckp. Nak marah pun x bole marah melulu. Tengok gambar seri mersing? Kajang tuan, kajang berlipat. Kajang saya mengkuang layu. Kajang tuan kajang bertempat, Kajang saya musafir lalu.      Adegan ni masa nordin ahmad marah. Ma

pardon ka....padan ka!

     Well....bahasa kena jaga. Kerana mulut badan binasa. Time nak raya ni pun la...kerana pulut santan binasa. Tp aku kena ckp bg sopan lg. Mcm may I...may I, may out. Tu nak minta keluar dr korum yg cara mudah. Lg satu pardon. Tp kalau pardon tu lebih kepada padan. Dah kena dah....!

naik pun!!!!!!

tution peribahasa

     Tiba2 rasa mcm nak buat tution peribahasa. Sbb? Saja. Dah xdak apa nak buat. Sementelah suasana yg panas luar dan dalam. Ok...yang pertama. Mulut belah dgn air acaq. Ini xdak dlm kamus mana2 pun. Ini yg aku pernah dengar la. Sapa sebut x pyh tau la. Tau acaq? Acaq tu bukannya acar. Acar tu acar limau. Acar tu bole mkn. Kalau acaq plak? Acaq tu yg sejenis dgn kumbahan la. Tau adat belah mulut? Budak2 yg baru bersalin akan ada adat belah mulut. Belah mulut ni org buat sekali dgn cukur jambul. Selalunya org akan buh manisan kat mulut supaya ckp yg manis2 sj. Belah dgn air zam zam ka. Kiranya benda yg bagus la. Tp mcm mana kalau belah dgn air acaq? Fikir la sendiri.      Ada satu lagi peribahasa. Lidah bercabang. Lidah bercabang ni ckp x betul la. Senang ceta ckp penipu. Ni pun habit jugak. Suka bohong. Yg ni selalu ada dlm kamus. Tp org jenis ni kalau ckp hampir separuh x bole nak caya. Ok...mai kita perincikan maksud lidah bercabang ni. Jgn tanya sapa tp apa yg lidah bercabang. 2 j

nostalgia

     Bila time nak sambut raya mcm ni aku teringat dulu2. Masa tu kalau nak makan ketupat nasi kena ambik daun nyior yg pucuk sekali. Yg belum kembang lg tu. Kena anyam. Anyam mcm ketupat yg riben tu. X mcm la ni yg dah ada beras dlm plastik tu. Tinggal rebus sj. Dulu2 kalau nak mkn ketupat nasi tu kena panjat pokok nyior. Siksa sungguh bila ingat. Tp yg bagusnya xdak la dok mkn plastik rebus tu. Bila mkn tu ada bau daun nyior.      Bila time raya jugak la baru la ada peluang mkn ayam. Ayam plak tu ayam . Ayam yg ternak sendiri. Mcm tu jugak la dgn daging. Dulu2 xdak pun lembu dedak mcm la ni. La ni yg banyaknya lembu dedak. Daging pun rasa mcm mkn dedak sj. X fresh langsung.

alamak...

     Ikut jadual depa...hari ni nak buat kuih siput. Sbb udang dah ada kopek siap dah. Tp cik ani dah korbankan kelmarin buh dlm bihun goreng. So cik ani buat don no sj la. Mcm biasa buat bodo sj. Tp tanya jugak la nak buat kuih apa hari ni. Mujur la bukan kuih siput. So agak terselamat la cik ani. Nak buat tat nenas kut. Apa pun cik ani follow sj.      Semalam aku x lelap dr pukul 3.00 pg. Dan rasanya sebelum tu lg kut. Semalam la baru bole tengok tv dgn aman sbb cuti. Tu yg tengok ceta ramadan jgn pergi. Agak seronok jugak tp....hmmm....ceta yg banyak ilmu guna2. Xtau la ceta yg mcm mana aku suka. Kena ikut jugak la ceta ni sementara cuti ni.

mercun

     Hari ni anak2 sedara aku dok usung plastik mercun. Aku x la berapa gemar sgt dgn mercun nih. Tp ada gak org yg seronok sgt dgn bunyi mercun ni. Seronok dengar bunyi mercun ni. Aku plak dengar bingit sgt. Xtau la tang mana yg syok sgt bab nak bakar duit ni. Sejarah mercun ni utk org cina ada la. Mercun ni utk halau apa tah bg org cina. Org melayu syok bunyi sj la kot.      Ceta bab mercun ni....anak sedara lepas sj main mercun ptg td tiba2 pi tido. Bila buka posa plak tiba2 mkn pun dgn tangan sebelah sj.  tunjuk tgn yg sebelah lg dah x bole. Lepas di pujuk baru bole tunjuk. Rupanya dah melecur ckit. Aku sj la bergurau....kkalau nak masuk dlm suratkhabar metro kena pi hospital la. Tp kena tengok jugak berapa jari yg hilang. Tp sat sj dok senyap....llepas mkn berbunyi balik la mercun. X serik2 langsung.

hari pertama cuti

Image
    Hari ni hari pertama cuti. Balik yan pun dah agak tengahari. Rasa x teringin plak nak pi kat shoping complex. Penat rasa. Sampai kat rumah pun dah pukul 2.00.....memang agak penat la. Dok atas bas plak dok join sekali dgn budak asrama balik kampung. Balik rumah kakak2 aku dah nak habis buat baulu. Aku? Tengok sj la. Lepak depan tv. Tengok iklan raya yg best. Sempat jugak la buat jemputan raya kat fb. Buat open house masa raya kedua. Itu memang selalu pun aku buat. Memang sejak dr arwah wan aku ada lg dulu2. Dulu2 masa malam raya kami akan berkumpul kat rumah arwah wan aku. Raya kedua kat rumah mak aku. Selepas tu ikut turutan la adik beradik yg lain. Tp ada jugak yg x berapa suka nak hadir pun. Apa barang kan nak berkumpul dgn org2 tua ni. Tp masa ni la sebenarnya kita nak rapat dgn org tua. Sampai bila org2 muda ni nak enjoy. X mau kat org2 tua. X mau kat sedara mara. Memang la leceh ckit la. Tp kalau ada kenduri-kendara xkan nak jemput geng muda sj. Xkan plak xdak doa selamat

otak

     Pg td sempat tengok siri masakan 703. Seronok tengok chef2 masak. Tp kalau time masak bak tu aku tukar chanel la. Pg td masak kambing biri2. Tp yg menariknya kali ni masak kepala biri2. Kalau kita tu masak otak la. Kali ni kat scandinavia. Scandinavia ni banyak ikan. Ada salji. Tp kepala biri2 yg masak pg td tu memang x tanggal dr kepala la. Kulit dah tanggal. Cuma panggang otak sj. Ikut sejarah kat tempat tu, masa dulu2 kawasan tu penduduk banyak yg miskin so sbb tu yg bole sampai makan otak tu. Masakan tu jd masakan istimewa yg dihidang masa krismas. Org putih pun ada gak yg sengkek rupanya.

mudah.com

Image
Pg ni sj jd rajin nak up load gmbr. Td upload gmbr dok atas kerusi. Bg pusing ckit. Bg real ckit pening. Sbb ada yg dok tertanya2 pasal apa. Sbb aku pening so kena la bg org pening sama. Tp aku cancel. Ni plak gmbr beg tangan korea. Cuba jugak dok cari kat internet beg tangan korea tp aku ni rabun it. Tambah2 nak beli ikut online ni memang failed la. Tp memang puas hati betul dgn beg tangan ni. 

pengalaman......

     Kalau ada pengalaman buruk dan nak lupakan tu semudah mcm tekan delete kat pc sj memang mudah la. Tp sebenarnya x mcm tu. Tp itu la pengalaman. Kalau pengalaman manis plak xmau delete. Mcm tu ka hidup? X mcm tu. Manis pun kena ingat. Pahit pun kena ingat. Kalau yg sedang2 aja? Itu la bagus. Dah banyak hari jd malas, kemarin beli sj yg siap perap kat jj.hihihihi. memang malas sungguh la. Tu yg dok cari sapa bole hantar kat rumah. Lg best lg kalau ada bole suapkan...! Hihihi.      Kemarin ada kejayaan. Cik ani! Ada member yg dah bole buat resepi aku. Mula tu sembang2 sj. Hilangkan penat kat ofis. Ceta bab popia. Lepas tu mula la pakat dok ceta resepi. Tp aku memang teringin nak tau resepi kulit popia basah yg buat sendiri. Tp x dpt kemarin. Tp member aku ni teringin nak buat popia goreng. Yg tu senang sbb kulit bole beli siap. Cuma prepare inti sj mcm mana yg kita suka. Bubuh sj apa yg kita nak. Ptg tu dia balik buat dan berjaya. Dpt pujian lg dari anak2! Inti apa? Fishcake, fishba

produktif

     Time yg paling produktif sekali ialah pagi. Pagi td memang laju sj buat kerja tp bila petang memang out la. Kepala jd pening semacam sj. Nak buat keja pun x bole nak fokus. So.....apa laiii.

only one

Image
The only my tudung raya. Ni tudung yg baru sj beli kat ofis. Nak gu dgn baju batik ofis. Semua dpt baru. Baju batik....baju f1. Tp sebenarnya berbayo. Xdak apa pun yg free. Cuma tudung sj yg ambik inisiatif cari sendiri sbb x sanggup nak beli hak ofis. Rasa duit xdan nak 'cap' dah. Hak nu rm 50...hak ni rm150.....nak tambah lg rm200 memang dah kopak dah. Beli sj yg berpatutan dah. Kena berbelanja ala kadar sudah.  Nasib baik baju batik tu dpt lambat.....kalau dpt awal ckit bole nak tempah nak buat baju raya. Hihihi. Baju batik.....baju raya!

hmmmm....

     Dah banyak hari blur. Kalau kat ofis pun ceta sj mcm nak masak tp balik rumah terus hanyut. Siang mlm asyik dok hanyut sj. Kat ofis pun dah jd sedia cbuk. Caw bm nak kena buat presentation kat kl. Suka jugak aku dengar. Tp agak mencabar la sbb kena menari dan menyanyi sekali. Kalau setakat menyanyi tu biasa la. Tp kalau nak kena 'tanggo'...ya, ampun! Bibik dewi persik pun lari mcm ni. Tp ini la cabaran. Cabaran kat org2 muda. Kalau yg tua tu x pyh la nak sahut cabaran yg mcm tu. Yg tua tu elok kalau sahut cabaran pi mesjid sj. Termasuk dgn cik ani ka? Of cos la.      Bila yg muda pi praktice...so yg tua2 ni kena cover keja la. Cik ani x kisah pun. Kalau masa cik ani muda pun mcm tu jugak. Yg tua akan bg laluan jugak. Tp x bole bayang la mcm mana depa menari. Aku patut pi intai2 tengok depa practice ni. Tp teringat zaman2 aku dok nyanyi dulu2. Tp biasa la....yg muda akan jd tua jugak. Depa plak akan tengok yg muda2 plak. Silih berganti.      Nak raya....nak raya....nak ra

labhan pelam...

     Ni kegemaran aku la ni. Tp dah up grade ckit la ni. Aku campur dgn kurma sebiji. Memang marbeles rasanya. Perut pun rasa lawas sgt. Raya dah nak dekat pun. Kiranya kalau kelui pun dengar. Kat ofis memang dah dok angkut banyak sgt kuih raya. Aku? Xdak lagi pun. Pesanan x sampai lg. Kali ni order ckit sj.

kambing...

     Kemarin berbuka kat yan. Masak dalca kambing. Mula tu nak buat sup kambing so kambing tu dah siap rebus la. Tp last minit tukar plan sbb ramai gak permintaan nak buat dalca kambing. So jadi la dalca kambing. Daging kambing tu abang ipar aku beli kat supermarket aneka. Rasanya sedap dan x berbau sgt pun. Air rebusan kambing yg lebih tu aku buh dlm bihun goreng hailam. Sdp rupanya bihun hailam buh kambing.       Ada lg yg jd kemarin. Aku pi borong baju raya kemarin. Utk anak buah aku. Aku x beli kat semua. Yg terpilih sj. Pi beli kat parkson sp. Aku suka shoping kat ctu sbb x sibuk. Kami sampai awal kat ctu. Bila sampai sj...tengok ramai dok tunggu nak masuk. Rupa2nya ajk masjid kat bertam bw mai anak yatim dgn yg kurang upaya beli perkakas raya. Rasa sungguh tersentuh tengok.

noraini...

     Bila tengok nama aku ni......memang rasa menarik sgt. Noraini....cahayamataku. tu makna dlm melayu. Noraini tu bahasa arabnya. Aku nak ceta apa nih! Xtau nak ceta apa sebenarnya. Rasa blur plak.

sahur

Image
     Dah banyak hari x upload gmbr. Tahap malas jd amat tinggi. Nak tulis pun malas. Maunya cuti nih dok  dan x buat apa langsung2. Tp smlm balik yan....tahap rajin pun kena naik balik. Tok salmah jatuh plak. Kaki tergeliat sikit. X la teruk sgt . Tp dah ada kencing manis so kena berjaga2 la.  Pg nih bangun panaskan balik sj pesamah yg kak aku dah masak. Kemudian rebus ketam. Permintaannya nak ketam goreng tp aku ni xla expert sgt. Tu plak awal2 pagi mcm nih. Rebus sj yg aku mampu buat.      Kebelakangan nih banyak yg ada dlm fikiran aku. Sungguh! Nak ceta salah satu atau semua? Tp aku ceta yg menarik dulu. Stat pembaca blog aku naik turun sj. Kadang2 naik dan kadang2 plak turun dgn mendadak. Why! Ni yg dok fikir ni. Mula tu aku ingat aku suka dok blog walking tu yg naik rating tu. Tp aku x blogwalking pun naik turun jugak. Nak anggap kebetulan pun bukan la stail aku. Stail aku ialah xdak yg percuma kat dunia ni. Semuanya berbayar kan...! Kalau ada yg aku x berapa nak sahih ni..

real cuti...

     Hari ni memang hari lepaking. X buat apa langsung2. Lepak sampai lena.  Lena sambil lepak. Nak cover balik yg penat mata beberapa hari yg lepas...tu yg lepak sj. Masak? Hari ni masak sambal tumis sardin sj. Cik kiah beli murtabak. Aku plak  order piza. Apa yg menarik hari ni? Perkembangan mh17 la. Time2 mcm ni bole tau pasal teknikal penerbangan. Tp penghantaran piza hari ni x lancar sgt. Kalau yg sebelum ni on time....kali ni berputar2 cari rumah x jumpa.

mesra ...gitu2.

     Lega rasa bila cuti. Rasa seminggu tu dah padat sgt aktiviti aku. Sampai dah rasa mcm nak termengah2 pun ada. Hanya sempat jln2 tengok sj blog......xdan nak 'jkaji' pun. Sbb mata rasa penat sgt. Seharian guna mata x henti....so biji mata yg kecik pun dah jd makin mengecik. Sesekali rasa mcm nak letak hirisan timun kat mata. Mcm sj. Tp x letak pun. Pegang sj talipon....mata pun mundur. Mula tu rasa memang mencabar tp bila banyak kali buat.....practice make perfect! Nak kt apa lg kannnn! So kat kaunter pun x bole dah nak berlembut2. Kalau dulu bole lg extend masa tp la ni dah x bole sbb aku kena rushing buat yg lain plak. Memang no choice pun. Salah sapa! Bukan ku pinta jd begini...hihihi.  so redza sj la.      Kemarin singgah beli buah mempelam. So ptg smlm ada laban la. Dah banyak hari x mkn laban. Laban ni sesuai utk lawas perut. Aku suka laban pelam sj. Yg lain tu pyh ckit. X berapa sesuai dgn tekak. Kalau pelam ada kat jj plak. Nak singgah kat jj agak penat. Td nasib b

layanan mesra

     Layanan mesra ni mcm mana? Kena bermesra ka? Hehhehe. X kut. Aku nak bg contoh 2 layanan. Yg satu tu jd kat tempat org lain. Yg satu lg kat tempat aku sendiri. Mula dulu kat tempat aku. Ni pasal parking. Yg jd tu ada satu motor mai kat ofis aku. Mai dlm keadaan kalut2 so x sempat nak parking motor elok2. Dia parking agak kat tengah jalan jugak la. Tuan punya motor dah naik berurusan kat dlm ofis. Tinggal motor kat bawah. Jalan jd agak terganggu la. Lepas tu apa jadi? Bila polis kami dpt tau kata ada motor yg parking mcm tu.....tau apa dia buat? Cuba teka? Nak alih motor ka? Salah. Nak panggil tuan motor ka? Pun salah. Dia alih jugak motor tu. Tp alih bg dok kat line putih. Kat mana tu? Kat tengah2 jalan. Jd bertambah jem la. Bila tuan punya motor mai....terus la dia jd panik. Tengok motor dia jd mcm tu. Ok....ni layanan mesra ka?      Ni plak contoh satu lg layanan mesra. Ada sorang ni dia pi hospital swasta. Bw keta mahal. Bw suami dia yg x bole jln. Bila dia sampai tu ada keta

mencari lailatul qadar

     Sedar x sedar dah 20 hari berpuasa. Bila hujung2 puasa ni ramai yg berlumba2 mencari lailatulqadar. Utk yg keja tu mcm mana? Better take leave la semibggu. Seminggu tu buat betul2. Kalau x cuti takut mengantuk plak kat pejabat. Aku? Setiap kali puasa sedia dok berazam nak tadarus tp selalu x bole khatam. Kali ni teringin nak bg khatam jugak. Tp ada peningkatan jugak dlm juz tu. Ok la tu. Ada 10 hari lg.

musim...

     Ada mcm2 musim. La ni musim durian. Kira musim buah kayu la. Tp bila banyak2 tu memang x termakan la. Kalau dulu2 kalau yg lebih tu org akan  lempuk. Mcm mana rupa lempuk nih. Warna gelap ckit. Tp la ni dah zaman moden. Dah ada peti ais. Masuk sj dalam peti ais. Kena kopek dulu la.  yg isi sj buh dlm tempat beku. Memang bole simpan lama pun x rosak. Selain dr durian....rrambutan pun bole juga buat mcm tu. Tp rambutan  x pernah cuba lg. Yg selalu dok buat tu durian la. Memang rasa mcm aiskrim.

mat gebu

     Mat yg satu ni memang fames dlm blog masakan. Sbb apa panggil mat gebu xtau la. Tp mat gebu ni masak memang sdp. Aku suka  apa yg dia masak jugak. Satu lg yg menarik ialah dia masak yg berbeza ckit. Ok....sudah la  ctceta bab mat gebu ni. Tp masih lg pasal mat. Mat masih yg popular. Kalau pompuan minah la.      Dah nak raya ni. Persiapan raya kali ni x  seberapa nak  nak fikir pun. Tp dlm2 x fikir pun baju raya dah siap. Itu pun ada lg yg x upah. Tp dok pening nak cari tudung plak. Kemarin pun pukul 3.30 dekat baru habis keja. Balik sj rumah mata jd pedih. Mana nak up date blog lg. Smlm dok belek cari gmbr2 lama. Buka fb sepupu aku....tengok gmbr dlm fb dia. Tp yg menariknya semua gmbr  dia dok dlm folder. Mcm kat ofis plak. Semua dok tersusun sj. Gmbr aku? Janji masuk dlm fb.      Dok belek gmbr2 kenduri along. Gmbr kenduri kat kelantan. Seronok tengok. Seronok tengok semua org dpt berkumpul. Masa pi kelantan tu semua sedara mara aku berkumpul kat kelantan. Sewa homestay kat sa

kenal

     Ada beza x kalau kenal dulu dgn kenal lama? Ada satu lg ayat....dah lama dah kenal. Nampak sama tu ayat tu tp ada jugak yg x sama. Tp yg penting perkara yg paling penting utk dibincangkan ialah kenal. Tajuk utama sekali ialah kenal. Sbb tu bila kat kampung bila banyak sgt mat.....ada sj gelaran yg di bg. Gelaran tu utk nak bg kenal.....mat gajah, mat kambing...mat belacan. Kalau x nak panggil mat yg mana satu.       Kenal ni bole jugak jd terkenal. Terkenal ni jd tiba2 kut. Nama pun ...ter. ter tu secara x sengaja la. Terkenal ni bila pakar dlm sesuatu benda. Contohnya nyanyi ka. Ada gak yg terkenal sbb

nasi kandar

     Hari ni menu nasi kandar simpang empat. Tp buka kat alma. Memang mabelas la. Nasi kandar yg aku amat2 suka.

rancang elok2...

     Ceta bab rancang nih...kalau yg kita suka tu, kita punya rancang elok2. Contohnya majlis kawin. Xdaknya org nak buat tergesa2. Punya plan. Berapa jumlah duit hantaran. Nak pakai baju tema apa. Semua dirancang elok2. Itu pentingnya ada perancangan. Mcm tu jugak dgn gaji. Dpt sj gaji terus rancang. Ini yg aku kadang2 gagal nak buat. Ingat lg dulu2 bila time nak . Ada yg baki duit bulan sudah kena bg clear. Bila mai gaji baru jd fresh la. Mcm tu jugak dgn cuti. Bila time nak raya ni semua pakat nak cuti.  Habis tu sapa yg dok nak tunggu ofis. Dah kalau semua nak cuti. Masa mcm ni la kena ada perancangan.       Tp bila ingat balik cik ani dulu2...xdak masalah pun. Sbb apa? Xdak nak rancang2 pun. Kalau x bole cuti...ada sj cara nak cuti. Itu stail lama cik ani. La ni? Dah insaf dah kut. Rasa bosan jugak kalau dok asyik buat hal sj. Rasa mcm x berguna plak dok kat ofis kalau xdak kat ofis. Bila ada org mai nak berurusan kita xdak...jadi hampa la plak. Cer bayangkan  kalau kita pi ofis

oh yes...

     Banyak jugak la gmbr2 aku kat dlm the flick. Ada gak gmbr ciplak....sorry...sbb nampak cantik sgt. Tp yg terbaru gmbr anak2 along dgn pak aku dpt status fav...! How proud I'm. Walaupun cuma satu sj. Dan cuma sorang sj. Agak susah gak org nak tengok gmbr kita ni. Sementelah gmbr2 yg org lain punya lagi canggih.      Apa berita terbaru yg lain? Ada yyg kemalangan jalanraya. Mula tu ada yg bergurau kt rambo accident. At last jd real plak. How sad! Bila accident tu sure la akan masuk keja lambat. So utk yg accident tu...rehat banyak2.      Kemarin bila sampai kat rumah, tengok2 pokok belimbing buluh aku dah jd kuning. Maklum la...cuti banyak hari. Lepas tu hujan plak x turun. So cepat2 aku buh air. Masing2 dok tunggu sj bila pokok belimbing buluh ni nak berbuah. Rasa lama sgt dah. Tp memandangkan asyik dok selop sj pyh jugak rasanya nak berbuah. Pokok limau plak dah getting very well. Dah naik tinggi pun.

feeling down...

     Masuk keja dah. Dan rasa x berapa stabil. Mcm mana tu? Rasa sikit pening. Kemarin dok berdiri memasak pun dah rasa jugak. Nasib baik hari ni keja duduk sj. Tp bila buat keja xla pening sgt dah. Kemarin mungkin sbb cuti lama sgt dan rasa boring sgt dok kat rumah. Ya la...x habis2 memasak. Bila masuk keja hari ni x la rasa penat sgt pun. Everything wee done. Syukur alhamdulillah.

leftover

     Semalam ada baki inti karipap. Nak buat karipap lg memang x berdaya dah. Mula tu nak buat cara berlauk tp malas jugak. Tp at last jd jugak la popia. Popia inti karipap! Aku x tau sgt la rasa apa sbb dah x selera nak makan kuih pun. Pg td bila bangun sj telinga aku dah problem. Dok fikir apa yg aku makan. Tp bila fikir balik banyak yg aku mkn cuti ni. Dan yg paling pure sekali ialah nasi kerabu. Dah la masuk ikan kering bakar. Mkn lg udang yg beraneka saiz. Tp mujur ada seaweed tu. Aku mkn sikit dgn nasi goreng. Seaweed ni memang amat berkesan dgn telinga aku ni. Telinga yg berair jd kering bila mkn seaweed ni.

menu hari ni...

Image
     Hari ni menu x seberapa. Sbb ada tok yg dok berhiba sgt bila cucu dah xdak. Kelantan x sebut tok...tp maa. Nasib ma la. Wan plak wei. So semua orang dok teringat2 lg. Menu hari ni sempoi sj. Bubur nasi. Sambal tumis sotong kering. Ni plak masak acheh. Tengahari td mula tu dok tengok tv. Mula tu tengok chef sen lian tu masak. Dia masak mcm pindang daging sj. Nampak sedap. Buh buah keras. Lepas tu masak asam pedas ikan pari. Lepas tu tengok plak ceta rita rudaini masak. Menarik jugak. Ceta pasal rita yg belajar masak. Hari ni ada izue islam lg. Hari ni rita masak sambal tumis paru. Izue plak masak kebab. Nampak sedap kebab tu. Kena cuba buat kebab ni.

dah 2 hari...

Image
     Dah 2 hari malas nak up date gmbr. X masak ka? Masak jugak tp malas nak up date. Pasal apa xtau la. Kemarin pun masak ayam bakar tu along jer yg snap gambar. Aku sibuk dok layan anak2 along. Seronok tengok telatah depa. Si maisarah sebut semua perkataan dgn huruf a. Ummi pun jd ammi. Duit jadi awit. Yg si adik plak suka nyanyi. Semua lagu ada aksi. Semua lagu budak2 la. Ni gambar hari mula. Maisarah dpt rokok daun. Adik plak nak join. Gigih farhana nak join sekali. Farhana nak ambik kakak punya. Selalunya kakak yg menang. Itu cara terbaik nak ajar anak2. Itu cara mak aku la. Yg kakak kena menang sbb dia kakak. Yg adik plak kena patuh. Mcm tu baru la yg muda kena hormat kat yg tua. Hari ni plak mcm mana? Sahur td cuma goreng telur dadar sj. Yg lain? Kemarin dah masak pesamah. Rempah pesamah ni pak aku beli kat market. Kami x berapa mahir sgt dgn masak pesamah ni. Kami bayangkan mcm gulai kering sj. Tp beza ckit sbb masuk serai lengkuas. Bila mkn rasanya mengingatk

along

     Along balik sat sj. Semalam berbuka along masak ayam percik. Ayam percik stail kelantan. Sementelah ada alat semanggang yg baru sj beli dr kakak. Umairah dah jd dealer. Senanggang letrik tu agak praktikal. Resepi ayam percik tu pun agak simple. Ayam goreng dulu. Kuah percik plak letak cabai kering blender ckit. Serai lengkuas sikit. Blender jugak. Santan plak agak banyak. Truktur kuah tu agak putih. Lepas ayam digoreng baru la panggang. Dan percik dgn kuah yg dimasak. Hasilnya memang sdp.      Kadang2 kita perlu dengar pendapat org lain. Minggu sudah memang aku rasa buntu sungguh. Sbb? Bila ada benda yg terjah tiba2 so xtau sgt nak handle mcm mana. Mungkin aku ni yg jenis cepat panik.

bencinya...

     Kalau masa kecik2 dulu ada la dlm adik beradik...mak lebih sayang kakak. Mak x sayang adik pun. La ni kalau suruh usop lebih ckit...asyik2 suruh abang! X suruh kakak pun. Itu budak kecik. Kalau budak kecik...yes! Cik ani bole terima. Dan cik ani suka. Ini la perangai budak2. X berapa penuh akal lg. X tahu lg mana baik..mana buruk. X tahu lg mana haram...mana halal. Kalau dah tua bangka buat mcm ni? Ini yg jd pelik ni. Kena layan mcm budak2 jugak ka? Kena pujuk dgn aiskrim jugak?      Dlm keluarga aku mungkin xdak yg jenis tu sejak kecik kut. Tu yg x reti nak handle jila ada kes2 mcm ni. Kalau mak suruh pun buat sj. Kalau x suka pun...habis sgt pun marah dlm hati. Kalau x buat memang dpt upah la. Xdak istilah objection. X mau sakit buat jugak la apa yg mak sutuh. Pak plak? Sama sj. Kalau kena angkut tanah merah semua sekali kena. Xdak yg terkecuali. Sbb tu la bila ada yg cuba nak raih simpati mcm budak2 kecik ni cik ani suka meroyan.      Sementelah ada yg sanggup layan..tu yg me

gathering

Image
     Ada yg kena keja on call raya nanti...tu yg balik awal kat kampung. Sapa lg kalau bukan misiku yg satu tu. Hahaha. Xleh bayang la kalau aku keja time raya. Tp nanti kena keja raya ketiga jugak. Semua org pakat dok berebut nak cuti raya ketiga. Aku? Cukup la 2 hari ru. Nak raya banyak hari kena budget lebih ckit. Xkan nak pi raya dgn tgn kosong. Xkan la x bg kat budak2 time bersalam raya. Kena bg gak kat org tua. So takat 2 hari tu sudah la. X kenal adik beradik nanti? Kenal takat 2 hari tu sudah la. Org yg nak mai pun takat 2 hari tu sj. Buat la apa pun.      Ceta bab along....dia dah balik awal kat yan. Kemarin aku buat karipap la. Cik kiah buat nasi ulam. Ini karipap yg along kelim. Tp kali ni kulit karipap ni aku rasa terkurang tepung. Bancuh adunan dlm kuantiti banyak memang agak pyh la. Nak uli pun agak selop la. Mcm biasa eka tolong canai. Ni plak nasi kerabu. Ada suplier ulam dr bukit. So memang ada complete set la.  Nasi kerabu ni cik kiah yg buat.  N