hari pertama cuti
Hari ni hari pertama cuti. Balik yan pun dah agak tengahari. Rasa x teringin plak nak pi kat shoping complex. Penat rasa. Sampai kat rumah pun dah pukul 2.00.....memang agak penat la. Dok atas bas plak dok join sekali dgn budak asrama balik kampung. Balik rumah kakak2 aku dah nak habis buat baulu. Aku? Tengok sj la. Lepak depan tv. Tengok iklan raya yg best. Sempat jugak la buat jemputan raya kat fb. Buat open house masa raya kedua. Itu memang selalu pun aku buat. Memang sejak dr arwah wan aku ada lg dulu2. Dulu2 masa malam raya kami akan berkumpul kat rumah arwah wan aku. Raya kedua kat rumah mak aku. Selepas tu ikut turutan la adik beradik yg lain. Tp ada jugak yg x berapa suka nak hadir pun. Apa barang kan nak berkumpul dgn org2 tua ni. Tp masa ni la sebenarnya kita nak rapat dgn org tua. Sampai bila org2 muda ni nak enjoy. X mau kat org2 tua. X mau kat sedara mara. Memang la leceh ckit la. Tp kalau ada kenduri-kendara xkan nak jemput geng muda sj. Xkan plak xdak doa selamat ka apa. Masa tu la kena guna jugak sedara mara yg tua ni. Lagi plak kena tunjuk teladan kat anak2. Kita kena hormat kat org yg lebih tua. Bg anak2 tengok. Kena layan org tua elok2. Kalau dok layan x elok bg anak2 tengok....nanti kalau anak2 tengok, depa buat mcm tu jgn la dok heran plak. Dah kita ajar anak2 kita buat mcm tu.
Ceta pasal menu hari ni plak. Hari ni memang malas. Aku buat bihun tomyam saja. Bihun tomyam ni aku guna pes tomyam sj. Bubuh sos cili ckit. Sayur mcm biasa la.
Comments
Post a Comment