Posts

Showing posts from November, 2016

Prinsip

Prinsip org ni takkan berubah sampai bila2 pun. Prinsip tu la yg buatkan seseorang tu berjaya atau gagal. Pagi td bersembang dgn seseorang yg selalu follow the rules. X langgar undang2 langsung. Tak la mcm aku ni. Yg selalu break the rules.hahaha. Bukannya nak langgar undang2 ijut suka. Tapi tengok keadaan la. Tp aku memang respect dgn sorang ni yg berprinsip teguh ni. Bila terbaca benda ni teringat aku bercita2 nak tulis yg baik2 sj. Harapnya xmau la nak tulis yg buruk2. Cer bayangkan kalau kita berada di tempat org yg kita burukkan itu. Kita pun mungkin akan buat benda serupa jugak. Sapa tau kan. Oleh otu sama2 la kita mengubah keadaan supaya menjadi bertambah baik. Dan bukannya jadi seperti tikus perbaik labu. Jadilah seperti tikus yg berubah menjadi kuda yg cantik membawa si cindrella. Walau pun hanya seketika. Moga menjadi kenangan terindah.

Perjalanan hidup

Perjalanan hidup ini Kian lama kian hilang rentak Iramanya bersiponggang dalam hati Ketika manusia-manusia Seumpama pemandu kepada nafsu Akal dan fikiran berada di bawah sepatu Di injak setiap detik Di saat semua orang terpaksa bergerak Ke atas dan ke bawah Ke kiri dan ke kanan Entah di mana tujuan Entah ke mana hala tuju Yang pasti semuanya kesuntukan masa Makin di kejar makin menjauh Terpaksa berpuas hati Setakat yang di kendong saja Alhamdulillah.

Mawar untukku

Malam ini aku ingin berbicara dengan tulus ikhlas. Biar pun aku hanya menulis tapi biarlah aku katakan aku berbicara jugak. Kerana bila berhadapan aku seringkali menjadi kaku. Bungkam. Lidah pun menjadi kelu. Sepertinya siapa saja yang berhadapan dengan ku itu akan menelan aku hidup-hidup. Dan bila saja aku menulis begini, segala-galanya yang berada dalam benakku akan mudah saja aku luahkan. Jika aku mahu marah pun. Atau pun jika aku sedang seronok sehingga perasaan melayang. Jadi apa yang aku mahu malam ini. Adakah akan ada luahan cinta? Bukannya luahan cinta tapi perasaan aku yang sudah menjadi seperti Angelina Jolie. Tapi kalau versi melayunya tentulah Angelina Juling. Ya, mata aku sudah mula naik juling. Ketika di ofis setiap hari membelek angka. Menonton tv pulak harga barang yang naik secara mendadak tanpa peri kemanusiaan. Di manakah Angelina Jolie yang penuh sifat penyayang itu. Adakah aku yang harus menjadi seperti Angelina jolie. Tapi kalau melayunya tentulah Jah Ikan Darat.

Cinta perempuan itu

Perempuan itu Cintanya bersulam di hati Bibirnya menguntum rindu Sinar matanya rayu-merayu Perempuan itu dan cintanya Mekar mewangi tinta nan syahdu Di tebarkan segala suka dan duka Menjadi hamparan peraduan Bila sang perwira malam Memberi salam di kala pintu hati Rapat terkunci Dan perempuan itu dan cintanya Hanya membuka pintu kamar Taruhannya hanyalah Sekeping hati yang bukan pualam

Rela

Bila saja kesakitan melilit Tuhan, ringankanlah rasa ini Dengarkanlah rayuan ini

Sakit ini membusung

Derita ini telah menggunung Dari bukit telah bercambah Kuman kesedihan dan kerisauan Telah bercambah di minda Setiap detik mengunyah harapan yang ada Taring yang tajam telah merobek Melahap hingga hati luka Berdarah mengalir tanpa rasa Tidak ada penawar Walau di daki tujuh gunung Walau di selam tujuh dasar lautan Dan bernanahlah luka ini Membusunglah derita ini

Entah kenapa...

Image
Entah kenapa aku berperasaan begini. Entah kenapa aku ada sifat melawan. Entah apa yang aku kejar dalam hidup ini. Terasa seerti apa yg aku kejar hanya bayangan. Hanya kadang-kadang menjadi nyata. Tidak adil rasanya aku di hukum begini. Atau pun aku sendiri yg sengaja menghukum diri sendiri. Aku tolak segalanya demi sebuah cita-cita yg kabur. Dan akhirnya aku yg lebur. Semakin aku kejar....semakin laju ia pergi. Hilang tanpa kesan. Sungguh hidup ini kejam. Cita2 yg membuat airmata berderai. Berapa banyak hati yg terluka. Hanya untuk menikmati bahagia. Namun bahagia yg di cari entah di mana.

Sentimental value

Image
Bila tengok gmbr teko kecik ni teringat semula sajak yg pernah aku baca masa umur 10 tahun. Tak tahu pun siapa umar kayam tp aku sudah baca buku sajaknya tentang piala ini. Tentang kehausan yg ingin meneguk air dari piala yg sungguh nikmat. Baru hari ini baru teringin nak mencari siapakah org yg bernama umar kayam ini. Penyair besar rupanya. Dan tulisannya menjadi tatapan aku. Aku memang suka membaca. Sejak kecil memang suka kalau mendapat hadiah buku cerita. Suka jugak membaca suratkhabar bahasa inggeris walau pun tak faham pun. Suka jugak buat teka silangkata yg ada dlm suratkhabar tu kerana sudah ada siap jawapannya. Itulah aku. Selamat malam jumaat....

Aku dan erang

Image
Aku yang kehausan Kepanasan di panggang mentari Mengharapkan seteguk air Dari piala keemasan ini Sudah lama aku mengembara Berjalan sehingga kakiku melepuh Erang pun terbang di ubun-ubun Menunggu masa memagut biji mataku Erang pun tidak mahu aku berjalan Dia mahu aku hilang haluan Mahunya aku terus di sini Mati rentung Kering kontang Biar tulang berselerakan Hoiiii...erang Terbanglah kau Tunggulah kau di atas sana Aku tidak akan mati Sehingga aku di matikan

Si dia di mana2...

Image
Tanam padi tumbuhnya lalang Anak haruan didalam paya Apa dikenang kasihnya orang Entahkan benci entahkan suka. 16.11.16

Sbb hati pilu

Ketika aku menulis hati pilu terasa ingin marah tp tidak tahu pada siapa aku nak marah. Aku rasa marah pada nasib aku sendiri. Marah pada nasib bangsa sendiri. Marah pada segala-galanya. Marah pada kekasih lama cinta hati yang tidak mampu berbuat apa2. Marah jugak pada diri sendiri yg pandai2 mereject org lain tanpa sbb. Marah pada alasan2 gila yg aku beri. Dan terbitlah hati pilu. Mungkin ketika itu hatiku yg sayu. Hatiku jd sedih. Namun tiada airmata yg mengalir. Betapa aku sungguh degil. Tuhan...

Hati pilu

Image
Diam lebih baik dari bersuara Berpisah lebih baik dari bertemu Seperti ombak yang memukul pantai Angin yang selalu resah melihat Bersusah payah membawa ombak ke pantai Namun ombak pergi lagi Setelah galak memukul gigi pantai Pasir2 pun bertempiaran lari Ketam tua muda ketawa terkekeh2 Terus berjalan mengiring tanpa ada haluan Benteng yang rapuh rebah lagi Tatkala bulan mengambang penuh

Pemberani

Image
Abaikan papan cincang yg hitam tanda cemerkap itu. Malam jumaat malam ini. Untuk yg berani pakat2 asah keris la mlm ni. Tp jgn dok asah keris lain pulak.

Momokan pembaca

Image
Momok. Dulu2 selalu sj kita di momokkan dgn pokok besar yg di katakan ada penunggu. Ada hantu. Jangan dok keluar malam. Jangan dok lalu bawah pokok tu. Kalau tengah malam memang tak hampir langsung la. Itu dulu. Ceta la ni lain pulak. Kita di momokkan dgn harga barang. Ada mcm2 cara nak sebarkan tentang harga barang ni. Harga barang naik. Harga barang turun. Yg lebih menakutkan sekali barang sudah habis. Itulah saja gunanya media.

Siapakah kekasih gelap.

Kekasih gelap ialah kekasih yg berkulit gelap. Kekasih yang bercermin mata gelap. Entahlah....aku pun x tahu.

Kekasih gelap

Image
Kekasih gelapku Aduhai, kekasih gelapku Mari aku bawa kau mengembara Di lorong-loroong yang suram ini Longkang busuk dan hanyir Sampah bertaburan hidangan tikus tua Wahai kekasih gelapku Biar ku pimpin tanganmu Kau tentu tidak biasa di sini Kerana lini lorong belakang Tidak lama lagi mentari akan tenggelam Di sini tidak ada lampu neon Buat merangi jalan Bagaimana kami merentasinya Hanya kami yang tahu Sudah ku hafal semua tanda di sibi Di mana jerangkap samar Lebih2 mahir lagi perangkap yang nyata Ikut saja arahanku di sini Lompat bila aku suruh lompat Ada lubang besar di situ Ianya lubang yang terlupa di tutup Entah siapa menggalinya Aku tidak pernah ambik tahu Bila saja aku suruh tunduk Kau mesti menunduk Jika kau lambat seminit pun Habislah kepala kau terpancung Jangan kau takut kekasih gelapku Akan ku jaga kau sepenuh hatiku Kerana kau kekasih gelapku Sementara hari nak siang Ini perjanjian kita

Still alive

Image
Walau siapa pun yg membaca blog aku ini, aku harap ianya akan memberi manafaat.

Kalung mutiara hidup

Image
Kalung mutiara hidup Insert Disinilah bermula Di lahirkan Di belai dgn penuh kasih sayang Di tatang bagai minyak yang penuh Home Di sinilah rumahku Biar buruk atap berlubang Biar basah hujan menerobos Biar angin menerpa ke liang roma Tapi aku mesti setia Kerana inilah rumahku Syurgaku di dunia ini Sementara menunggu mati Page up Lembaran hidupku bermula di sini Di sanjung di puja wajah berbunga Merah merona segar di waktu pagi Embun pagi setia mengiringi langkahku Jatuh bangun di atas hamparan Rumput hijau bersahabatkan pelangi Page down Ada masa ribut taufan melanda Ombak menggila tidak mengenal sahabat Pukat hanyut di bawa arus Duyung pun meratap sayu Melihat perwiranya rebah di gigi pantai Tidak sanggup pulang ke rumah Melihat beningnya mata si kecil Tidak tahu apa yang di makan nanti Delete Namun aku bersabar Pasti ada sebab semuanya terjadi Ombak pun seperti aku juga Sudah tidak sanggup menelan segala buangan Kerongkong sudah padat dengan ba

Malam jumaat

Image
Assalamualaikum. .. Hari ini hari khamis. Selepas maghrib malam ini bermulalah malam jumaat. Hari Allah menjadikan Nabi Adam dan mewafatkannya ialah hari jumaat. Hari bakal berlakunya hari kiamat juga hari jumaat.

Makanan rohani vs makanan jasmani Enter....shift....control

Image

Still life

Image
Hari ni dok try still life concept.  Omputeh woo. Jom layan still life + melayu maka jadilah... Tajuknya Kawan Kawan, tolong jangan makan kawan Bukankah kita kawan selamanya.

14.11.16

Lama tak menjengah di sini. Hampir2 terlupa ada blog. Bukan setakat usang tp dah naik kulat pun. Dok leka dgn fb dan insta sj. Sibuk dgn fotografi. Sibuk dgn tulis sajak. Semuanya sibuk belaka. Mana dgn ada kematian dlm keluarga aku. Semuanya jadi kalut. Jarum jam seperti berhenti berputar. Dan aku berdiri kaku. Lemah terasa seluruh anggota. Mana dgn nak bertindak sebagai org dewasa. Org dewasa dgn remaja ni amat berbeza sekali tindakan mereka. Remaja hanya bertindak melulu. Tidak pernah memikirkan baik dan buruk. Tapi org dewasa harus bertindak dan memikirkan natijahnya serentak. Mesti pantas. Semasa org tua aku masih kuat gedang aku biarkan sj depa memikirkan semua benda. Kini akulah yg memikirkannya. Kenapa mesti nak harap kat depa lg dah. Kita yg kena menjadi org tua. Tp pendapat mereka juga 0erlu di ambil kira. Itu pun kena tengok jugak sesuai atau tidak pendapat depa tu.