Perjalanan hidup

Perjalanan hidup ini
Kian lama kian hilang rentak
Iramanya bersiponggang dalam hati
Ketika manusia-manusia
Seumpama pemandu kepada nafsu
Akal dan fikiran berada di bawah sepatu
Di injak setiap detik
Di saat semua orang terpaksa bergerak
Ke atas dan ke bawah
Ke kiri dan ke kanan
Entah di mana tujuan
Entah ke mana hala tuju
Yang pasti semuanya kesuntukan masa
Makin di kejar makin menjauh
Terpaksa berpuas hati
Setakat yang di kendong saja
Alhamdulillah.

Comments

Popular posts from this blog

tailo atau taiko...

syabas bete....

terkendon