Kalung mutiara hidup


Kalung mutiara hidup
Insert
Disinilah bermula
Di lahirkan
Di belai dgn penuh kasih sayang
Di tatang bagai minyak yang penuh
Home
Di sinilah rumahku
Biar buruk atap berlubang
Biar basah hujan menerobos
Biar angin menerpa ke liang roma
Tapi aku mesti setia
Kerana inilah rumahku
Syurgaku di dunia ini
Sementara menunggu mati
Page up
Lembaran hidupku bermula di sini
Di sanjung di puja wajah berbunga
Merah merona segar di waktu pagi
Embun pagi setia mengiringi langkahku
Jatuh bangun di atas hamparan
Rumput hijau bersahabatkan pelangi
Page down
Ada masa ribut taufan melanda
Ombak menggila tidak mengenal sahabat
Pukat hanyut di bawa arus
Duyung pun meratap sayu
Melihat perwiranya rebah di gigi pantai
Tidak sanggup pulang ke rumah
Melihat beningnya mata si kecil
Tidak tahu apa yang di makan nanti
Delete
Namun aku bersabar
Pasti ada sebab semuanya terjadi
Ombak pun seperti aku juga
Sudah tidak sanggup menelan segala buangan
Kerongkong sudah padat dengan bahan kimia
Mata sudah buta dengan jerebu
Bersabarlah
End
Dan akan tiba semuanya akan berakhir.

Comments

Popular posts from this blog

tailo atau taiko...

syabas bete....

jong jong inai