Kekasih gelap
Aduhai, kekasih gelapku
Mari aku bawa kau mengembara
Di lorong-loroong yang suram ini
Longkang busuk dan hanyir
Sampah bertaburan hidangan tikus tua
Wahai kekasih gelapku
Biar ku pimpin tanganmu
Kau tentu tidak biasa di sini
Kerana lini lorong belakang
Tidak lama lagi mentari akan tenggelam
Di sini tidak ada lampu neon
Buat merangi jalan
Bagaimana kami merentasinya
Hanya kami yang tahu
Sudah ku hafal semua tanda di sibi
Di mana jerangkap samar
Lebih2 mahir lagi perangkap yang nyata
Ikut saja arahanku di sini
Lompat bila aku suruh lompat
Ada lubang besar di situ
Ianya lubang yang terlupa di tutup
Entah siapa menggalinya
Aku tidak pernah ambik tahu
Bila saja aku suruh tunduk
Kau mesti menunduk
Jika kau lambat seminit pun
Habislah kepala kau terpancung
Jangan kau takut kekasih gelapku
Akan ku jaga kau sepenuh hatiku
Kerana kau kekasih gelapku
Sementara hari nak siang
Ini perjanjian kita
Comments
Post a Comment