Aku dan erang
Aku yang kehausan
Kepanasan di panggang mentari
Mengharapkan seteguk air
Dari piala keemasan ini
Sudah lama aku mengembara
Berjalan sehingga kakiku melepuh
Erang pun terbang di ubun-ubun
Menunggu masa memagut biji mataku
Erang pun tidak mahu aku berjalan
Dia mahu aku hilang haluan
Mahunya aku terus di sini
Mati rentung
Kering kontang
Biar tulang berselerakan
Hoiiii...erang
Terbanglah kau
Tunggulah kau di atas sana
Aku tidak akan mati
Sehingga aku di matikan
Kepanasan di panggang mentari
Mengharapkan seteguk air
Dari piala keemasan ini
Sudah lama aku mengembara
Berjalan sehingga kakiku melepuh
Erang pun terbang di ubun-ubun
Menunggu masa memagut biji mataku
Erang pun tidak mahu aku berjalan
Dia mahu aku hilang haluan
Mahunya aku terus di sini
Mati rentung
Kering kontang
Biar tulang berselerakan
Hoiiii...erang
Terbanglah kau
Tunggulah kau di atas sana
Aku tidak akan mati
Sehingga aku di matikan
Comments
Post a Comment