Mawar untukku

Malam ini aku ingin berbicara dengan tulus ikhlas. Biar pun aku hanya menulis tapi biarlah aku katakan aku berbicara jugak. Kerana bila berhadapan aku seringkali menjadi kaku. Bungkam. Lidah pun menjadi kelu. Sepertinya siapa saja yang berhadapan dengan ku itu akan menelan aku hidup-hidup. Dan bila saja aku menulis begini, segala-galanya yang berada dalam benakku akan mudah saja aku luahkan. Jika aku mahu marah pun. Atau pun jika aku sedang seronok sehingga perasaan melayang. Jadi apa yang aku mahu malam ini. Adakah akan ada luahan cinta? Bukannya luahan cinta tapi perasaan aku yang sudah menjadi seperti Angelina Jolie. Tapi kalau versi melayunya tentulah Angelina Juling. Ya, mata aku sudah mula naik juling. Ketika di ofis setiap hari membelek angka. Menonton tv pulak harga barang yang naik secara mendadak tanpa peri kemanusiaan. Di manakah Angelina Jolie yang penuh sifat penyayang itu. Adakah aku yang harus menjadi seperti Angelina jolie. Tapi kalau melayunya tentulah Jah Ikan Darat. Kerana akulah orang darat yang sesungguhnya amat2 darat. Dan aku amat berbangga menjadi orang darat. Sesekali ajaklah marka pi jalan kat darat sana. Jangan dok asyik sukat longkang hanyir saja. Darat tak sebusuk longkang yang hanyir. Betul. Aku tak pernsh tipu.

Comments

Popular posts from this blog

tailo atau taiko...

syabas bete....

terkendon