Posts

Showing posts from November, 2011

memancing kat sangkar

semalam pergi memancing lg tp kali ni tak berapa best sbb asyik ingat ofis je.aku paling benci kalau bila hari cuti je asyik ingat ofis.mcm2 perkara yg nak kena selesai.bosannya aku.sepatutnya aku enjoy bila pi memancing ni tp kali ni x berapa nak enjoy.sebelum kami pi,keluarga sepupu aku yg pegi dulu.enjoy sgt depa aku tengok.siap beli ikan siakap kat sangkar kemudian masak sweet and sour kat situ lg.ada la yg ikan depa buat gulai.lepas isyak baru depa balik.lepas tu kami plak pi lepak.tp semalam cuaca agak panas.angin x bertiup langsung.dlm pondok sangkar plak nyamuk punya la banyak.dekat nak pg baru aku boleh lena.

maklumat tercicir

pernah dak main yg sampaikan maklumat yg berbisik tu.yg mula sekali baca mcm lain,bila ceta org faham mcm lain.yg last sekali terima maklumat,kalau yg mula sekali tulis hari2 siti main bola dah jd hari2 siti buat apa tah.mcm tu jugak la hidup kita seharian.bayangkan ceta jd di kl,sampai kat as dah jd ceta mcm lain.sbb tu la kalau baca paper 5 jenis,ada mcm versi ceta dlm paper tu.apa yg paling aku kesal jika ada yg mentafsirkan sesuatu utk kepentingan diri sendiri dan menyusahkan org lain.hairan sungguh aku,sikap yg suka menyusahkan org lain ni.tah la..malas nak fikir sgt.

cuti sekolah

hari cuti dan bulan cuti tentu la ada banyak beza.masa ni la org nak berkhatan,ada yg nak buat kenduri kawin.td ptg ada jugak pegi kenduri kahwin sedara sebelah tok jam.dulu2 arwah tok aku,tok jam suka bawa kami adik beradik pegi jalan rumah sepupu dia.kami panggil toklang.aku ingat lagi arwah toklang ni suka jamu makanan yg sedap2.antaranya mentarang.kat rumah dia la aku mula sekali makan mentarang.mak aku tak berapa suka masak sgt siput ni.ktnya suka jd cirit birit kalau salah masak.yg ptg td kenduri kahwin cicit toklang tu la.aku pun tak berapa kenal tp yg tua2 tu kenal lg la.dia org ni memang baik.kenduri pun nampak perfect je...buat kat homestay kat sp.nama homestay tu batik homestay.canggih bebenor homestay tu.sewa rm350 sehari,siap ada perabut jati lg.kalau nak beli pun beribu jugak la.perabut jati siap boleh buat katil pengantin lg.ada taman lg bg nak bergambar pengantin memang amat molek sgt.aku memang amat kagum sekali,kalau aku nak kawin nanti pun nak buat kat situ la...ceh.

comei

td tengok gmbr anak ashwara rai tu,comei gak tp comei lg wan nor maisara.ini kes masuk bakul angkat sendiri ni...

happy hour

hari ni ada yg mai minta less kat kaunter.aku rasa mcm nak pecah perut nak tergelak.aku ckp sesama kami kat kaunter ok gak kalau bg less tp kena buat happy hour mcm kat supermarket tp kena tengok time aku happy je baru boleh buat happy hour.apa macam?ini idea ada ok ka?rasa2nya bila la aku nak happy?esok kot baru aku happy sbb esok hari gaji.......sapa nak tumpang happy sama boleh la join the club.CLUB HAPPY HOUR...

bertahan

keja apa yg x penat.hari ni aku betul2 all out punya.tp aku teringat ada sorang member aku dulu yg dpt bertahan kat unit ni sampai berbelas tahun.aku ni baru berapa bulan dah tekelepek.tp seronok jugak walau pun penat.di sini aku boleh jumpa dgn mcm2 perangai org.bila depa puas hati,senyum lebar je.aku pun suka tengok.kalau depa x puas hati,habis la kena marah.kalau aku pi ofis org lain pun mcm tu jugak.mana la kita perfect sgt.entah kat mana la member aku tu sekarang.

suka,x suka,suka,x suka

suka,x suka,suka,x suka,suka,x suka.yeeeeee sukaaaaaa saaaaangat......

yusuf.wmv

Image

maisarah

Image

buat baik berpada2,buat jahat jangan sekali.

pernah dengar?maksudnya zaman sekarang dah berbeza.buat baik berpada2 tu betul.buat jahat jgn sekali tu maksudnya jgn buat jahat sekali je.bayangkan kalau sekali buat jahat tp dah kantoi,kan rugi.biar banyak kali,biar balik modal.ada satu lagi yg pernah aku baca,lebih baik jadi bekas org jahat dr bekas org baik.bekas org baik maknanya pernah jd baik tiba2 berubah jd jahat.bekas org jahat plak,pernah jd jahat tiba2 berubah jd baik.bukankah lebih baik jd bekas org jahat.

upsr

semua dah tau keputusan kemarin.ada yg dpt elok,ada yg kurang elok.man dpt cukup mkn je.4c1d.ok la tu.dia asyik main je.aku ingat lg teruk keputusan dia.apa pun masa masih panjang lg.ada member2 yg anak dpt keputusan yg cemerlang.ada anak2 runner yg mai kat kaunter dpt 5a.untuk yg cemerlang,tahniah diucapkan.ada seorang tu aku tanya la rahsia apa dpt cemerlang,ktnya tidur ppukul 10 mlm,bangun pukul 6 pg.

sedang menjamu selera

Image
sementara line xdak sj boleh mcm ni.tu plak hari jumaat kan....

acara menggaul

Image

yang siap dipotong

Image

potong daun

Image

pucuk daun kari

Image

daun kaduk

Image

daun peria pantai

Image
daun ni boleh jugak buat masak sayur manis.kalau yg anak cacing pun boleh buat mandi.

pucuk janggus

Image

daun kesom

Image
daun ni pun boleh boh dlm laksa dgn asam pedas.

daun temu lawak

Image
temu lawak ni sedara kunyit la.sesuai utk org perempuan.

bunga kantan

Image
bunga kantan ni boleh jugak boh dlm laksa dan asam pedas.

pucuk lemuni

Image
pucuk lemuni boleh jugak dibuat nasi lemuni.masak mcm nasi lemak tp bubuh daun lemuni.batang lemuni ni kalau buat sudip kacau nasi,nasi bau wangi(bau lemuni).daun ni sesuai untuk org bersalin sbb panas.

daun selom

Image
daun ni boleh jugak dibubuh dlm laksa.

pucuk cemumar

Image

daun sekentut

Image
daun yg agak berbau la.

pucuk buah asam gelugur

Image
dulu2 masa aku kecik,aku suka cicah pucuk ni dgn garam.bila mak aku tau la ni,dia kata kami ni kira lapar sungguh la sbb org x mkn mcm tu.mana aku tau,dah sedap mcm tu.pucuk ni kalau masak asam pedas pun boleh bubuh jugak tp x pyh buh asam dah.pucuk ni dah original masam.

nasi ulam

Image
ni bahan utama sekali.lengkuas,halia,lada,bawang merah ditumbuk halus. ni pulak kerisik yg digoreng hingga kuning kemudian ditumbuk ringan2 je.

touching

baru sudah tengok blog pengalaman di kota mekah.rasa touching sungguh.tiba2 teringat masa aku zaman kanak2 dulu.ada sorang laki2 tu mai minta derma sbb nak pi mekah.aku bg jugak duit tp dlm keadaan yg mengjengkelkan.tp aku x kata apa la kat org tu.bila org tu balik je,aku ceta kat mak aku.ayat aku mcm mana tau,"ada ka muda lg minta sedekah kt nak pi mekah.kalau mcm tu semua org nak pi.."mak aku kata boleh kalau minta sedekah sbb dia teringin sgt nak pi mekah.aku terkedu...la ni baru la aku boleh bayang perasaan org tu mcm mana.

nasi kerabu @nasi ulam

hari jumaat ni kami cadang nak buat nasi ulam kat ofis.lama dah xbuat.masa dok kat admin,kami rajin jugak dok gaul nasi ulam ni.aku seronok buat nasi ulam ni.dulu2 arwah tok aku sj yg rajin buat nasi ulam ni.nasi ulam ni,bahan2 nak buat dia kena kering.kerisik x boleh digoreng tua sgt.kena goreng warna keemasan je.nak tumbuk plak kena tumbuk dgn perlahan2 jgn sampai pecah minyak.kalau pecah minyak nasi kerabu akan berminyak la bila digaul.ikan kering plak,x boleh goreng.kena sangai je atas tudung periuk.sangai tu dibakar kering tanpa minyak.ikan kering kena tumbuk bg halus.bila gaul biar nampak sebati dgn nasi.daun plak boleh guna sehingga 44 jenis pucuk.semua jenis pucuk yg boleh dimakan hatta pucuk daun sekentut pun boleh.tau daun sekentut?daun sekentut ni yg dok memanjat kat pagar tu.daun dia kecik je tp bau sebijik bau kentut.daun tu dipotong2 halus2.mula tu kami nak buat hari isnin tp takut xdan nak potong daun.keja kalut.hari jumaat tu tengahari tu potong puas2.so selamat makan n

rm500

hari ni org dah mula mai marah2 kat ofis bila tanya pasal borang rm500 tu xdak lg.depa dah mula merungut.kesian jugak.nak buat mcm mana kami pun x dpt tengok lg borang tu mcm mana.petangnya plak ada memo keluar pasal ada sindiket jual borang tu.lagi kesian.dah la org yg nak dpt borang tu org susah,kena tipu plak tu.xtau la apa nak jadi dgn dunia zaman sekarang.

amalan sihat

siang tadi kami kat ofis dpt email dr cik ketua tentang gaya hidup sihat.semuanya dlm bahasa inggeris,so pyh sikit la nak ingat.antaranya, 1.masa tidur yg baik ialah pukul 10.00 mlm dan bangun pukul 6.00 pg. 2.dptkan rehat yg secukupnya. 3.minum air yg banyak diwaktu pagi.kurangkan minum air diwaktu malam. 4.jgn makan makanan yg berat selepas pukul 5.00 ptg. 5.jgn terus tidur selepas mengambil sebarang jenis ubat diwaktu malam.

beyond the blackboard

minggu ni x balik kampung,so mengadap astro la.tengok la gambar kat channel 702.tajuk ceta tu beyond the blackboard.seronok gak.sedih sampai terbit airmata la.ceta org putih ni payah la aku nak sedih sgt.ceta dia pasal sekolah budak2 jalanan yg xdak rumah.rupanya yg berpendidikan je yg boleh dok selalu says thank you.aku teringat ada sorang member aku dulu ceta ada sedara dia kawin ngan mat saleh.dapat anak selalu ckp thank you.org bg mandi dia pun ckp thank you.org boh bedak kat dia lepas mandi pun ckp thank you la.tu aku rasa org yg berpelajaran la kot.kalau hak kutu rayau ni x berapa sopan jugak.

masak cuka

baru je sudah makan nasi td.buat masak cuka ikan temenung.sedap sgt.aku paling suka masak cuka ni.nanti aku tulis resepinya. MASAK CUKA bahan-bahannya: ikan-digoreng dulu.bawang merah.bawang putih.cuka.halia.cili padi-dibelah.garam gula CARANYA: tumis bawang putih,bawang merah(belah),halia(rincik halus),cili padi dengan minyak yg digoreng ikan td.masukkan cuka.untuk kuahnya masukkan air.kemudian masukkan garam dan gula.akhir sekali masukkan kunyit.masukkan ikan.biar atas api yg perlahan.jika garam dan gulanya seimbang dgn kunyit,baunya akan jadi wangi.(boleh guna kalau ikan yg digoreng semalam).kira mcm ikan jeruk la.

kenapa kita belajar sejarah?

pernah dengar nama lagu sejarah pasti berulang.lebih kurang mcm tu la kot tajuknya.aku x minat sgt lagu ni tp ada betulnya jugak.kalau pernah baca sejarah melaka dulu,kenapa kesultanan melaka jatuh?sbb ada yg x setia pd pemerintahnya.mcm tu jugak dgn sejarah kejatuhan kerajaan2 yg lain.situasi yg sama tetap berlaku cuma masa dan tarikhnya sj yg berbeza.mcm tu jugak dgn hidup kita.kadang2 situasi yg sama berulang lg cuma masa dan tempat sj yg berbeza.kesannya pasti sma jugak.sbb itulah sejarah itu berulang.kenapa yaa?

situation quiz

Why are they decorating the hall? A. They are having a farewell party for the headmistress. B. They are going to renovate the hall. c. There are going to clean it tomorrow. D. The hall will be demolished tomorrow. The answer is A.

Finally,we also use 'the' for uncountable nouns.

Example: the water the air the oil the dust

We also use 'the' when we use the superlative degree of comparison.

Example: the biggest book the tallest man ada satu lg yg amat popular the biggest loser

We also use 'the' when there is only one such thing

Example: the sun the moon the sky

Article 'the' is used to talk about more than one person or thing.It is used with plural nouns.

Example: the lorries the boys the houses the animals

We also use 'an' with the silent 'h'

Example: an honest man an hour an honour

Article 'an'

Article 'an' is used to talk about one person or thing. It is used for nouns that begin with a vowel sound.(a , e , i , o , u ) Example: an umbrella an igloo an eel an orange

GRAMMAR - ARTICLE

Article'a' is used to talk about one person or thing.It is used for nouns that begins with a consonant sound. Example: a book a coconut a gun a toy

IN THE MOOD

beberapa hari ni rasa mcm not in the mood je nak tulis apa2 pun.nape ye?xtau la.cuma hari ni rasa very2 in the mood.nape plak ye?mungkin seseorg yg bernama mud lalu tepi aku siang td.mana la tau kan.banyak org yg mai kat kaunter td,mungkin salah sorang tu nama mud.gurau je no...mcm lawak sengal je...bahasa kl nihhhhh...sengal beb.ada satu lagi siut sungguh.kalau bahasa bakunya jengkel la kot.kalau bahasa kedah versi ani ialah lawak bodoh.td dok belek2 berita harian.baca article tentang bahasa inggeris.ingat nak bawa balik suruh anak2 penakan aku baca.sebelum tu mak penakan kena study jugak.so apa kata mai kita pakat tengok.kalau yg dah pandai sgt tu,x pyh la baca.tp kalau nak refresh balik ingatan pasal bahasa inggeris apa salahnya.aku tulis dalam ni,aku pun boleh baca bila aku buka blog aku ni.xla buang masa sgt aku rasa.well,aku buat aje apa yg aku suka.

anugerah

Image
ini adalah gmbr anugerah yg aku x mungkin akan terima.anugerah x pernah ambil cuti sakit.sbb aku akan selalu sakit.ada sj yg aku sakit.lagi plak aku memang x berminat pun nak dpt anugerah ni.sbb aku rasa aku layak sakit.mcm2 la pandangan org tentang hidup ni.itu hak masing2.memang sihat selalu pun anugerah jugak.ada satu lg anugerah yg menarik,anugerah x ambil cuti kecemasan.kalau cuti sakit ni,org yg sakit akan ambil cuti sendiri bila sakit,cuti kecemasan plak aku xtau la diaorg buat mcm mana.mungkin depa x berlaku kecemasan langsung.however aku solute la kat org yg mcm ni.depa boleh bg comitmen yg sepenuhnya kat keja.x mcm aku ni.tp bila keja memang aku akan bg tumpuan seratus peratus utk habiskan keja dan keja memang habis pun...yg lain aku x mau ambik tau langsung.

weed

beberapa hari yg lepas aku tengok ada jugak usaha seseorang nak kuruskan fail.fail akan bertambah gemuk dr sehari ke sehari.kalau kat admin fail akan ditutup bila ianya gemuk.aku xla pandai sgt sbb aku duduk kat admin pun 2 thn je.kalau kat unit fail,fail yg 'obesiti' akan dibuat kulit yg baru.kulit yg baru tu akan diberi nama fail weed.fail weed akan ada satu warna je.fail weed akan disimpan asing dr fail yg hidup.sebelum dibuat weed,semua kes2 dlm fail tu mesti selesai dulu.tp pyh jugak nak buat fail weed ni.sbb?bila aku pi kl,aku baru tahu,nama syarikat ada yg ditukar sebulan sekali pun.so susah la kalau nak selesai fail diaorg ni.so xdak la fail weed.itu 10 thn dulu,la ni zaman dah berubah.semuanya pakai jalur lebar yg kadang2 jd x berapa lebar.hari ni sj,aku lenguh belakang2 tunggu sistem yg asyik dok lenggok je.asyik wengggg je....
Image
Image
antara ikan yg dapat.katanya ikan baji,ada juga ikan merah....tp seronok...sekali sekala buat keja lasak....
Image
Image
Image

memancing

Image
gambar2 terbaru pi memancing hari ni... ni masa nak pegi
Image

5s yg amat berjaya

Image
mcm kat kedai komputer je..............tahniah soffiyah and the gang no..........
Image

angin dok tiup je ni............

inovasi

hari ni ada majlis inovasi kat ofis.ada yg menang pertandingan.menang.....tahniah.sambil buat keja ada lg masa nak mengemas dan berbaloi plak tu.masa dok mengemas hari tu habis satu bdn aku bau tinner.dlm ofis pun sama gak.rasa mcm keja buruh plak.tp nama pun keja.buat sj la.tempat sendiri gak yg nak cantik

menghargai

pernah x rasa bila bangun je tidur rasa malas nak gi keja?mesti ada punya.apa yg ada dlm fikiran masa tu?keadaan di ofis?keja yg melambak?sambung tidur atas katil?tp pernah x fikir keadaan org yg setiap pagi bangun je keja pegi ofis,selama 20 tahun.boleh bayang x berapa kali depa jd mcm ni?tp mungkin ada org yg rajin selalu.semangat selalu berkobar2.mcm kita lawan lari la,boleh ka kita berlari tanpa henti2 selama 20 tahun tanpa henti2 dan bersaing dgn org yg lebih muda dan bertenaga.kenapa aku ckp mcm ni?sbb aku rasa terpanggil nak tulis dek sikap org yg muda2 yg x reti nak hormat org yg lebih tua.kira mcm persaingan yg senior dan junior la.yg senior tu pun pernah gak jd junior.pernah gak kulit tegang.pernah gak tenaga melimpah ruah.tp ada satu je yg junior kena ingat,depa akan jd senior gak nanti.masa tu yg super senior dah belah dah.so....so....