nasi kerabu @nasi ulam

hari jumaat ni kami cadang nak buat nasi ulam kat ofis.lama dah xbuat.masa dok kat admin,kami rajin jugak dok gaul nasi ulam ni.aku seronok buat nasi ulam ni.dulu2 arwah tok aku sj yg rajin buat nasi ulam ni.nasi ulam ni,bahan2 nak buat dia kena kering.kerisik x boleh digoreng tua sgt.kena goreng warna keemasan je.nak tumbuk plak kena tumbuk dgn perlahan2 jgn sampai pecah minyak.kalau pecah minyak nasi kerabu akan berminyak la bila digaul.ikan kering plak,x boleh goreng.kena sangai je atas tudung periuk.sangai tu dibakar kering tanpa minyak.ikan kering kena tumbuk bg halus.bila gaul biar nampak sebati dgn nasi.daun plak boleh guna sehingga 44 jenis pucuk.semua jenis pucuk yg boleh dimakan hatta pucuk daun sekentut pun boleh.tau daun sekentut?daun sekentut ni yg dok memanjat kat pagar tu.daun dia kecik je tp bau sebijik bau kentut.daun tu dipotong2 halus2.mula tu kami nak buat hari isnin tp takut xdan nak potong daun.keja kalut.hari jumaat tu tengahari tu potong puas2.so selamat makan nasi ulam hari jumaat ni......

Comments

Popular posts from this blog

tailo atau taiko...

syabas bete....

jong jong inai