Semenjak Intan bertugas sebagai pensyarah, dia tidak pernah mengisi borang cukai pendapatan. Sehinggalah dia di naikkan pangkat ke pensyarah kanan pun dia tidak pernah melapurkan pendapatannya. Dalam hati Intan bersyukur sangat2. Dia tertawa terkekeh2 bila Rohaida terpaksa membayar sejumlah cukai yg tinggi setiap tahun. Dia? Duit gajinya yang berjumlah 5 angka itu masih boleh di joli. Kalau dia jugak kena bayar mcm tu memang panas punggung la dia. Hampir semua duit gajinya di belanjakan utk bayar kad kredit. Biar papa asal bergaya. Itu falsafah hidupnya. Mana boleh orang nampak pensyarah kanan bawa kereta murah. Mereka berjawatan pensyarah kanan di universiti terkemuka. Gaji dan elaun yg mereka perolehi setiap bulan memang lumayan. Di tambah lagi dengan bonus setiap hujung tahun. Sementelah pulak mereka masih bujang. Tapi Rohaida merasa hairan jugak kenapa dia seorang saja yang kena cukai. Tapi Intan tak kena cukai. "Kau tak takut ke kena bayar banyak cukai nanti?" Tanya