Posts

Showing posts from July, 2018

Buah-buahan tempatan

Image
Ini buah-buahan tempatan kita jugak. Tp gmbr ni di obersea. Sbb buah2 ni la yg ada kat mall kita. Kat pasar malam kita. Buah durian ada masa musim dia sj. Buah2 ni yg sedia ada kat tmpt kita. X kira musim.

Sunyi

Image
     Tiba2 rasa sunyi. Selalu dok ckp dan x cakap. Tp ok jugak. Bosan jugak bila asyik dok ckp dgn org yg sama. Perlu jumpa dan ckp dgn org yg berbeza jugak. Hari ni hari bodoh aku. Rasa lawak jugak. Tp mcm tu. Kdg2 rasa cerdik pun. Hari ni semua x menjadi. Mungkin esok cerdik balik kut. Apa lg yg boleh buat pompuan gembira selain bunga. Kannn.... Rupanya dah banyak bas free kat penang. Org dok asyik naik tren yg kena bayar tu. Mai flashback sejarah tren ni. Mula dulu ada ets. Laju dan murah. Lepas tu jd mahal. Dan ada pulak yg murah sikit. La ni dah ada agak banyak. Dan kerap jugak terkandas. Yg mai kerja memang sengsara la. Tp bila balik kerja td nmpk ada bas free. Tp pasal pa x popular. Musykil jugak. Kalau tren murah, yg ni x pyh byr langsung. Tp x popular.  Org lebih suka byr. Lepas tu bersungut xdak duit. Nmpk gah kalau naik kereta. Walau pun hutang keliling pinggang. Rasa hebat kalau anak ada motor. Walau pun anak dok race sampai mati. Ini semua tentang rasa....buka

Cuti lagi?

     Lepas balik cuti ni soalan paling popular ialah nak pi mana lagi lepas ni. Pi mana? Aku pun xtau. Banyak benda yg aku x rancang pun jd.

Makanan turki

Image
     Kalau ada yang tanya macam mana makanan turki. Untuk yg suka cheese memang sedap la. Aku ni suka jugak cheese tp x berapa sgt. Memang agak perit la. Roti? Lepas aku buat jem manggis ni mungkin aku akan suka roti. Dok teringat dulu2 mkn jem manggis yg sedap.

Turki! Aku dah balik.

Image
     Filem ada yg tajuk Turki aku datang. Ada jugak cinta kapodakia. Tapi tajuk aku turki aku dah balik. Jalan-jalan kali ni mcm biasa jugak. Aku dan penat berpisah tiada. Gambar bunga di turki. 

TERINGIN

Image
TERINGIN Aku mahu semuanya Bulan dan bintang Tapi Bagai anjing dan bayang2 Aku terlepas semuanya Orang tamak selalu rugi Atau Orang rugi selalu tamak?

Hari pertama

     Awal pagi tadi dah pekena nasi lemak. Tengahari pulak pekena siput. Sangat2 lazat rasa tekak ni. Masam. Masin. Pedas. Semuanya bersatu. Lepas tu buka fb. Mula dah kepala rasa bengkak. Sebab? Banyak yang otak tak boleh hadam rupanya.

Rindu

Image
     Kata orang rindu pada masa lalu itu amat menyiksakan. Tapi bagi aku tidak. Apa lagi yang boleh aku buat selain dari menjadi perindu. Aku mendongak ke langit. Mengharapkan ada senyumanmu di situ. Ya! Memang ada di situ. Di celah awan yang memutih. Tapi kemudiannya awan itu bergerak dan hilang. Aku rindu lagi.      Sebentar tadi ketika aku berada di dalam tren. Aku harap kau berada di sisiku. Tersenyum membelai rambutku. Memeluk bahuku. Aku sungguh-sungguh berharap. Tapi sebenarnya kau tiada jugak. Dari setiap stesen aku berharap kau berdiri di muka pintu tren. Tapi tiada. Atau mungkin jugak pintu tren itu tutup terlalu pantas?       Aku termanggu sendiri. Adakah kini kau telah lupa namaku. Lupa pada wajahku. Atau perlu aku ajari kau lagi mengeja namaku. Memanggil namaku. Menyeru namaku. Di balik buku2 yang tersusun. Akukah yang tersembunyi. Atau kaukah yang telah hilang.      Aku rindu. Hanya itu yang aku tahu!

Cuti

     Aku menghempas beg. Beg-beg yang sarat berisi bergolek. Aku menarik nafas panjang. Beg-beg ini yang sebelum pergi dulu agak ringan tapi bila pulang dah jadi bertambah berat. Agak lucu bila ada yang kata bila pi bercuti beg akan beranak. Tapi dalam kes aku ni beg dah buncit semuanya. Dah macam sarat mengandung. 5 hari berada di bumi turki penatnya mengalahkan membajak sawah di bendang. Berada di atas flight selama 8 jam buatkan aku rindu udara segar. Kiri dan kanan orang-orang asing.  Semuanya berkulit putih. Mata pulak bermacam-macam warna. Aku jadi jadi cemburu. Tapi itulah kuasa Allah. Kulit mereka senada dengan warna-warna gunung. Putih. Coklat. Dan terdampar jugak pohon bunga matahari. Sejauh mata memandang.      Aku terpukau. Kenangan itu masih penuh dalam kotak fikiran aku. Kalau boleh aku tak mau kenangan itu hilang. Aku mahu bau ros yang menusuk hidung aku kekal dalam rongga hidung aku. Aku mahu berjalan keliling tangkai-tangkai lavender.       Tapi apa kan daya percuti