Cuti

     Aku menghempas beg. Beg-beg yang sarat berisi bergolek. Aku menarik nafas panjang. Beg-beg ini yang sebelum pergi dulu agak ringan tapi bila pulang dah jadi bertambah berat. Agak lucu bila ada yang kata bila pi bercuti beg akan beranak. Tapi dalam kes aku ni beg dah buncit semuanya. Dah macam sarat mengandung. 5 hari berada di bumi turki penatnya mengalahkan membajak sawah di bendang. Berada di atas flight selama 8 jam buatkan aku rindu udara segar. Kiri dan kanan orang-orang asing.  Semuanya berkulit putih. Mata pulak bermacam-macam warna. Aku jadi jadi cemburu. Tapi itulah kuasa Allah. Kulit mereka senada dengan warna-warna gunung. Putih. Coklat. Dan terdampar jugak pohon bunga matahari. Sejauh mata memandang.
     Aku terpukau. Kenangan itu masih penuh dalam kotak fikiran aku. Kalau boleh aku tak mau kenangan itu hilang. Aku mahu bau ros yang menusuk hidung aku kekal dalam rongga hidung aku. Aku mahu berjalan keliling tangkai-tangkai lavender.
      Tapi apa kan daya percutian aku sudah habis. Itulah seminggu aku bebas. Bebas dari belenggu kerja. Esok aku akan kembali mencari rezeki. Bertungkus-lumus semula. Tahan maki semula. Berketawa dalam tekanan. Entah bila aku akan bayar lagi untuk keindahan itu. Sekarang zaman duit....

Comments

Popular posts from this blog

tailo atau taiko...

syabas bete....

terkendon