BUAH CINTA

Buah cinta
Buah cinta ini gugur tanpa diduga
Kemanisannya mengkhayalkan
Kelazatannya menjeruk rasa
Buah cinta
Terkadang terlekat di halkum
Tersumbat di kerongkong
Ketika itu hilanglah kemanisan
Hanya duri berbisa menikam
Buah cinta
Ada masa gugur bertaburan
Di pijak tanpa harga
Ada masanya jugak
Ranum di puncak pokok
Degil tidak mahu gugur
Mungkin akan kekeringan di atas sana
Mungkin juga sudah bersahabat dengan
MENTARI

Comments

Popular posts from this blog

tailo atau taiko...

syabas bete....

jong jong inai