kesukaan

     Org ni bermacam2 jenis. Ada yg suka dgn jenis2 org yg ikut kesukaan masing2 la. Ada yg suka yg lemah lembut. Ada yg suka yg kasar pun. Kalau ckp lg kuat lagi la dia suka. Siapa sangka time umur mcm ni baru bole nak hidup sendiri. Masa kat kl hari tu? Hidup sendiri jugak tp x berapa selesa sgt la. Hidup mcm pendatang asing masa tu. Bole pi shoping complex tp x bole beli apa. Tengok sogo hari2 sampai cemuih.
     La ni? Hidup baru la bermakna. Well.....nak pindah balik yan nampaknya dpt banyak bantahan. So aku terpaksa pindah dok kat rumah flat yg aku beli dekat ofis. Agak jauh la kalau nak berjalan kaki ke ofis tp itu sj pilihan yg aku ada. Bila pindah masuk nanti baru la aku bole renovate ikut kesesuaian. Setakat la aku x nmpk lg so x bole la nak ckp aku nak renovate apa nanti.
     Idea nak balik keja kat as kena reject sepenuhnya. Banyak alasan untuk bantahan tu. Dan cadangan yg akhir sekali ialah cari org yg sanggup jd drebar aku dan kahwin sj dgn org tu. Cadangan yg sungguh drastik. Alasannya lg aku x bole dok pi mana2 dgn drebar tu sj. BUKAN MUHRIM. Betul jugak tuh. Tp mcm aku ni desprate sgt la nak kawin kalau mcm tu. Memang akan jatuh terjunam la mertabat aku yg 'agak baik' selama ni. So cadangan tu terpaksa aku ignore kan sj. Sementelah mak aku pun membantah sgt2. So aku terselamat la kali ni.
      Walau pun aku ni andartu tp xla sampai terdesak sgt sampai nak tangkap muat sj. Ntah mat gian mana pun aku sanggup terima jd suami aku. Terima kasih la sbb mak aku yg reject cadangan gila tuh. Kalau tidak x pasal2 sj tertiba aku jd pengantin.
     Ceta bab pengantin ni idea aku nak balik as tertiba timbul isu yg bermacam2. Isu yg x sangka2 pun jd terbit semuanya. Ada keluarga aku yg takut aku x bole keja kat as. Why? Kenapa plak bole fikir mcm tu. Ada yg ingat aku x larat nak berulang-alik nanti. Rasanya sejak tahun 91 hingga 2004 aku berulang alik kat as tu. Ada plak yg ingat aku stress keja. Sbb stress keja ada gak yg bg cadangan aku cuti tanpa gaji sj dulu. Ada gak yg bg cadangan suruh berhenti keja sj. Pak aku kata duduk sj kat rumah. Kalau nak mkn tu ada lg duit. Apa pun aku stand by kotak A4 utk isi barang.
    Nanti nak dok rumah baru. Rasa agak teruja la jugak. Baru mula nak belajar menghias rumah sendiri. Sebelum ni dok tengok sj org lain dok menghias runah.....ni giliran kita plak yg nak tunjuk kemahiran menghias rumah. Rasanta kena angkut plak la mangkuk2 free yg bawa balik dr kl dulu. Mangkuk free dpt masa beli serbuk pencuci tuh. Ada gak mangkuk murah yg aku beli kat kilang kulim. Yg lain2 tu tupperware yg aku beli. X banyak pun. Tp cukup la aku sorang sj nanti. I'm home alone nanti.

Comments

Popular posts from this blog

tailo atau taiko...

syabas bete....

terkendon