nak try

     Teringin plak nak jual ikut internet bila tengok along dok beli. So....ni la percubaan aku. Dah pernah try tp x menjadi. Ni nak try lg. Jd smlm start projek. Ptg ambik time bank pi beli baju. Jd agak cbuk sbb kena bg pulun habis kan keja dulu. Aku xmau keja terbengkalai plak. Aku clearkan surat2 atas meja dulu. Pi tengok baju apa yg nak beli. Tengok banyak yg berkenan so grab banyak la ckit. Bila berniaga ni duit ada selalu. At least kalau balik modal pun dah ada duit. Kalau untung memang ada la. 2 bulan jugak la aku x berniaga apa2. Ni nak mula balik. Target aku ialah hari keluarga ofis aku. Td pun ada yg tanya baju mandi. Terlupa nak fikir baju mandi. Blaus ni sesuai la kalau nak buat aktiviti petang masa hari keluarga nanti.
      Smlm plak singgah kat pasar mlm alma. Beli sotong arus yg besar sekor. Sotong tu sotong arus aku dengar yg jual tu sebut. Beli ikan kembong sekilo rm4.00. Balik tu aku tengok dulu kebun aku. Aku bakar sampah kat dpn rumah tu. Xtau la org x kutip sampah tu. Kalau ada yg marah pun sbb pembakaran terbuka pun...pasai apa x kutip sampah tu. Xkan nak biar berlonggok depan rumah aku. Lepas tu baru masak. Goreng sotong dan buat sambal tumis ikan temenung. Mlm ingat nak iron baju yg aku jual tp aku xla serajin tu. Tengok al khawater sat. Lama dah x tengok sbb dok nampak mcm arab bodo sgt. Smlm tengok ada 2 kumpulan yg bertanding cipta kemudahan asas utk org cacat.
     Yg satu kumpulan tu cipta tah apa2 la. Buh papan utk kerusi roda. Tangga punya curam. Buat toilet pun x bole nak masuk dgn kerusi roda. Kumpulan yg menang tu canggih la. Mula dgn parking keta yg luas. Ada tempat pemegang. Kat parking tu tulis...ambik parking ku..ambik sekali cacatku. Memang sadis la utk sapa yg selalu guna parking org cacat. Lepas tu cipta plak kerusi roda yg bole bg baring. Kiranya org cacat tu bole guna utk nak pi gym la. Pi plak bahagian kolam renang plak depa buat tempat kat kolam renang yg org cacat bole turun berenang. Memang kat malaysia pun xdak lg la mcm ni.
     Setengah jam sj al khawater ni. La ni dah pyh dah nak ada movie mlm2. Ceta india dgn hindustan memang pyh nak ada. So aku pun terbungkang la lena. Tp x berapa nak ralit sbb ada jiran aku yg chanel x berapa betul sbb dok pasang lagu kuat sgt. Lagu tah apa2. Tengok rumah cina tp pasang lagu melayu. Pening agaknya....tu yg nak bg org pening sama tu.

Comments

Popular posts from this blog

tailo atau taiko...

syabas bete....

terkendon