cuti
Seronok gak cuti gini.hahaha.nampak sgt malas nak buat keja. Bukan malas cumanya memerlukan sedikit ruang untuk diri sendiri. Hari2 dok tengok benda alah hijau tu pun boring gak. Tambah plak cuaca la ni amat la panasnya. Terasa cair kepala hotak kemarin bila keluar pi jj. Kisahnya kat jj ada pameran pertanian. Ada kambing, ada penyu,ada nenas kat pokok dan ikan. Mcm best jugak la tp memandangkan panas sgt x sempat nak menikmati apa yg di pamerkan. Aku nyaris2 lg terbeli cermin mata hitam dek kerana rasa panas sgt.hahaha.
Comments
Post a Comment