cuti dah abissss.

seminggu dok kat rumah.seronok jugak sbb x pyh fikir pasal ofis tp kena fikir pasal rumah plak. memang nama pun manusia kena la fikir jugak. kemarin beli periuk slow cooker dekat mak utk dia masak bubur lepas aku xdak nanti. hari jumaat plak pegi teman along shoping barang baby dia. hari sabtu pi plak dgn cikkiah.kira dua hari tu aku ni keja buka pintu kat ibu dgn baby la. tp seronok pi kedai baby. kalau dulu2 masa zaman mak aku bersalin kat adik aku si cik kiah tu, yg paling hebat sekali ialah roti kering 4 segi jenama jacobs tu la. mak aku kata kalau sapa boleh makan roti jacob tu memang hebat la. aku ingat lg roti tu ada dlm bekas tin. cantik bekas tin tu. lepas tu puting doctor baby plak. kalau baby sapa boleh makan puting doctor baby memang hebat la. masa along baby plak, ada jenama tolly joy plak. kalau sapa yg boleh guna barang tolly joy memang gah la. ada selimut baby tolly joy. ada lampin tolly joy.kalau yg berjenama yg mcm gitu memang mahal la. ni zaman along plak bersalin plak ada mcm2 lg jenama. ada jenama mom, ada jenama tommy tippie dan avent. mula2 aku tengok harga memang mahal la. tp bila teliti balik memang biasa la. harga memang mcm harga tolly joy dulu2 la. harga semasa la. zaman dah beredar ikut keadaan semasa la. pada suatu masa dulu org rasa megah kalau bagi kat baby susu tepung yg berjenama mahal2. tp la ni ibu2 banyak yg menyusu badan. seronok sungguh aku tengok. sapa yg ada peluang utk ada baby ni patut cuba tengok menyusu badan ni. kalau yg rasa2 mcm xdak peluang tu x payah la dok gagah jugak. ini peluang keemasan aku rasa. ada pemanas susu lagi. kemarin pegi beli warmer kat along. jenama tommy tippie lagi. beg pun ada yg canggih2. aku tengok mcm2 fesyen.teruja sungguh!!!!welll.....esok kena gi ofis. dengar ceta banyak aktiviti yg aku termis. dan esok aku kena pi la. sementelah mak aku pun dah semakin pulih aku tengok.

Comments

Popular posts from this blog

tailo atau taiko...

syabas bete....

terkendon