musibah..
musibah ni boleh la jugak kata malapetaka.sesuatu yg malang la.mesti semua org pernah ditimpa musibah.kena nasib malang.kalau kawan2 kita kena tu,kita mesti tunjuk simpati.tp mcm mana kita tunjuk simpati.pi tengok je.atau pi dengar ceta je.atau pi tumpang menangis sama dgn kawan kita tu.ataupun pernah x cuba membantu.sekali kita hulur tangan membantu org yg dlm kesusahan,akan ada tangan yg lain yg akan membantu kita nanti.hidup ni mcm roda,ada masa kita akan berada diatas dan ada masa plak kita akan berada di bawah.kalau selalu dok bawah bukan hidup namanya.mcm tu jugak kalau selalu kat atas pun sama jugak.bila kita rasa sakit baru kita menghargai masa kita sihat.kenapa aku ckp mcm ni?saja...!rasa nak ckp.sebelum dok meracau yg bukan2 kita renung2kan resepi kuah kacang ni.
KUAH KACANG
A Bahan-bahannya
1kg kacang tanah
50 sen cili kering
1/2 kg bawang besar
40 sen belacan/kering
Secubit asam jawa
1/2 kg gula
Garam secukup rasa
Semua bahan diatas di goreng.kacang tanah dikisar separa halus selepas digoreng.
B Bahan untuk menumis
* 2" halia
* 6 ulas bawang putih
* 6 ulas bawang merah
* 1 1/2 " lengkuas
* 20 sen udang kering - jika suka
Semua bahan * ini di blender
2 batang serai - di titik.
Cara membuatnya.
Tumis bahan B hingga naik bau dan masukkan bahan A kemudian masukkan air secukupnya.biar hingga pecah minyak.
Comments
Post a Comment