tangkap ikan
aku suka juga aktiviti2 yg lasak ni walau pun aku ni agak beleh la.tp aku x berapa suka kalau memancing.kena tunggu lama ckit.bosan jugak.kalau kat bendang tepi rumah aku,aku akan bw kuih & air utk makan.kerusi sama utk nak duduk.kalau kat laut pun sama,kena ada bekal.sekali tu aku terlena masa memancing,bila sedar sj joran aku dah hilang.ada ikan makan la tu.tp yg paling best ialah tangkap ikan guna golok/parang.kami akan pi ke bendang masa air jernih tu.padi semua org dah ambik.air hujan banyak,masa ni kita akan nampak ikan yg ada dlm air.kalau ada ikan masa tu la kita tetak dgn parang tu.ada sedara aku yg cekap tangkap ikan cara ni.kalau dpt ikan haruan,buat bantut baru sedap.bantut tu bubuh sambal nyior dalam belakang ikan.anak2 ikan haruan tu plak buat goreng pun sedap.kalau nak cari anak2 ikan haruan ada cara plak.air akan jd berbuih kalau ada anak2 ikan haruan ni.dia akan ada dlm kumpulan yg besar.nak tangkap kena guna kain la,x kira la kain basah ka apa ka.kena sauk pelan2.kami panggil anak2.sedap kalau masak.kalau masak rebung plak,rebus dgn air nyior.rebung tu jd bertambah manis.banyak cara2 org dulu2 yg kita x sempat kalau nak buat pun.cara hidup dah berbeza.tp x salah kalau kita kekalkan.x hilang bisa ular kalau menyusur akar.
Comments
Post a Comment