adegan masa puasa
dulu-dulu kalau puasa orang akan puasa dengan sungguh-sungguh.ada sedara aku yang bila puasa je sampai menyulur kat atas lantai.ni ceta budak-budak dulu-dulu la.nak rasa kenyang pun masa buka puasa je.masa puasa je mak akan buat apa saja yang rasa nak makan.kira macam boleh order la.permintaan semuanya akan ditunaikan.tu la bezanya sekarang.la ni kuih semua ada kalau masa bukan bulan puasa pun.baju raya plak hanya dapat setahun sekali.2 pasang je.masa tu la aku akan buat permintaan.siap minta macam dalam majalah atau kat tv.kiranya macam yang habis istimewa la.kasut kena tumit tinggi.tu yang la ni macam dah kurang sikit bab nak berfesyen.makanan pun macam tu jugak raya baru boleh makan daging.semua nak buat masa raya.raya tu sesuatu yang amat istimewa sangat.raya tu ditunggu-tunggu.la ni orang tunggu bonus lagi dari raya.kalau takdak bonus,persiapan raya pun kurang.kira macam tak raya la.he...he...he...
Comments
Post a Comment