Posts

Showing posts from June, 2017

BUAH CINTA

Buah cinta Buah cinta ini gugur tanpa diduga Kemanisannya mengkhayalkan Kelazatannya menjeruk rasa Buah cinta Terkadang terlekat di halkum Tersumbat di kerongkong Ketika itu hilanglah kemanisan Hanya duri berbisa menikam Buah cinta Ada masa gugur bertaburan Di pijak tanpa harga Ada masanya jugak Ranum di puncak pokok Degil tidak mahu gugur Mungkin akan kekeringan di atas sana Mungkin juga sudah bersahabat dengan MENTARI

M

Bila sakit m menyerang. Gaji lmbt masuk. Redha saja la. Kalau masuk awal pun x cukup jugak. Jadinya kena redha sj la. Kalau menangis pun bukannya nak dpt pun. Duit? Guna sj mana yg ada. Baju raya? Pakai sj mana yg ada. Baru sj pi tempah baju tu. Baru pakai berapa kali sj. Pakai sj la raya ni. Kalau dpt bonus simpan sj utk aku pi umrah. Itu yg sebaik2nya. Aku nak pi berehat dan berdoa kat sana. Nak beribadat dgn tenang.

SETELAH AKU KAU MILIKI

SETELAH AKU KAU MILIKI  Setelah aku kau miliki Aku tidak mahu bertanya lagi Di mana janji mu dulu Kerana bukan tanganku yang menggoncang tangan tok kadhi Bukan jugak aku yang berjanji akan setia di hadapan saksi2mu Ketika itu aku hanya bersetuju Mengangguk tidak menggeleng Kini setelah aku kau miliki Bila saja kau menggeleng kepala Aku masih lagi terpaksa mengangguk Kerana kau imamku Dan aku makmum yang setia Biarpun saf kita seperti ular di palu

Setelah aku kau miliki

Hari ni dpt cabaran baru. Setelah aku kau miliki. Itu tajuknya. Apa yg aku nak tulis? SETELAH AKU KAU MILIKI Hutan dara terdampar sepi Daun-daun hijau melambai-lambai Angin pun berbisik syahdu Rindu....rindu....rindu Rindu pada embun kasih menitis Aku ingin embun itu beku Kerana Bila saja mentari memancar Semuanya akan sirna satu persatu Hutan dara ini Tidak Ahhhhhh....apa yg aku nak tulis. Tentang hutan darakah Atau gadis yg kecewa

Stress

Bila alami sendiri tu baru tau rasanya stress mcm mana. Nak angkat tangan dgn kaki pun x larat. Tu pun dok pulun lg buat kerja. Dok marah2 sbb org lain x buat kerja. Org buat tp setakat terdaya. Kalau x terdaya nak qesah apa.