holiday...

     Ingat nak joging minggu ni tp hancus. X dan nak balik kampung pun. So stay sj kat alma. What to do. Kemarin masak siakap kukus. Mcm siakap kukus kat kedai tu jugak la. Hari ni plak masak sambal tumis ikan kembung. Tengok ada nenas sikit lg so buat goreng udang buh nenas. Itu sj masakan hari ni.
     Ceta bab masak2 ni aku teringat arwah wan aku dulu. Seminggu sekali masa cuti jumaat dan sabtu aku dan adik beradik aku akan pi rumah wan aku. Ya la...cucu nak pi mana lg kannnn? Masa tu la kami akan makan ramai2. Seronok masa tu. Kat rumah arwah wan aku ada banyak jugak la pokok buah2an. Yg paling aku suka sekali ialah buah rambai.
     Tp bila berkumpul kat rumah arwah wan aku tu memang banyak pantang larang. Kalau yg x tahan dgn pantang larang tu memang x bole join la. Susah jugak tu. Tp apa pun pantang larang tu la yg ajar pasal sopan santun. X bole gelak kuat2. X bole ckp kuat2. Berjalan pun kena perlahan2. Banyak buat kerja rumah sendiri. Seronok bila ingat dulu2 kena angkut air dr perigi. Rasa segar sgt air telaga tu.
     La ni? Pengalaman tu x bole nak berulang dah. Itu pengalaman yg paling berharga. X semua org dpt peluang mandi air telaga. Bila teringat semua tu aku teringin nak ajar anak2 buah aku semua tu. Seminggu sekali berkumpul dan makan ramai2 dgn wan dan tok depa. Aku jd kagum dgn sifat kepimpinan yg ada kat arwah wan aku. X kaya tp makan pakai semuanya cukup.

Comments

Popular posts from this blog

tailo atau taiko...

syabas bete....

terkendon