anugerah.

ada banyak anugerah yg kita dpt sebenarnya.anugerah mcm2 la.ada pangkat.ada suami.ada anak.ckp tentang anak ni,aku ni x berapa pandai sgt nak ambil hati budak2.kalau nak bg budak2 tu menangis aku pandai la.kalau nak pujuk balik,minta maaf sj la.aku pun x pandai nak mengurus budak2 kecil.x pandai nak pegang pun.kiranya aku x berapa minat langsung la.memang hati aku x tergerak utk suka budak2.aku ingat lg ada sorang kwn sekolah aku dulu,pernah ambik anak angkat masa sebelum dia kawin lg.bila dia kawin je,anak tu diberi pd emak dia jaga.sayang jugak mcm tu.tp aku xla sampai nak ambik anak angkat tu.aku jd mcm ni mungkin sbb jd terlampau sibuk dgn aktiviti aku yg tah apa2.ada masa aku jd mcm gila sgt nak main pingpong.ada masa aku jd gila nak cari kerja yg elok.xtau la apa yg aku sibukkan sgt,tp aku memang jd xdak masa utk nak ada keluarga sendiri dan terutama anak sendiri.ada jugak pengalaman aku tengok kakak2 aku yg bersalin memang payah sgt.ada yg ambik masa nak berjalan semula.ada yg jd koyak rabak.ada jugak yg hampir2 nak jd separuh miong.payah sungguh aku tengok.lagipun aku lebih suka fokus pd apa yg aku cita2kan.materialistik.aku memang suka materialistik.aku ingat lg sebelum aku dpt kerja,ada org yg ckp aku boleh buat loan utk beli tanah.masa tu kami sekeluarga susah.tinggal kat tanah pusaka yg sempit je.yg lebih luas,sedara yg lain punya la.langgar sempadan sikit,ada la mai bising.so aku tekad akan beli tanah tu.bila aku dpt je kerja dgn kerajaan,perkara pertama yg aku tanya ialah bila aku boleh buat loan.kerani perkhidmatan ckp bila aku cukup service selama 5 tahun.cukup je 5 tahun terus aku tanya lg.kali ni ada masalah sikit,sbb aku kena beli tanah yg ada geran satu nama je.nasib aku baik sbb aku ada tanah yg satu nama utk dicagarkan.aku akhirnya berjaya beli tanah pusaka utk keluarga aku.aku berjaya akhirnya,tp akhirnya aku sedar jugak terlampau banyak halangan yg aku kena capai utk sampai ke tahap ini.jd mula dari sekarang,aku akan menghargai setiap peluang yg aku ada.mungkin inilah anugerah yg paling bernilai yg aku dpt.mungkin setengah org nampak tanah dan rumah pusaka hanyalah sesuatu yg buruk dan x bernilai tp bg aku setiap yg ditinggalkan amat bernilai sekali.sesuatu yg berlalu xkan akan dpt berulang kembali,kita hanya dpt tengok apa yg ditinggalkan sj.itulah kenangan.....kenangan itulah pengalaman yg paling indah.walau sejauh manapun aku pergi air yan yg paling sedap aku rasa.gunung jerai yg paling tinggi sekali aku rasa.

Comments

Popular posts from this blog

tailo atau taiko...

syabas bete....

terkendon