Posts

MALAM

Image
Malam Kita menjadi bisu dan kaku Kelip-kelip dan neon Aku seringkali tertipu Kelip-kelip bukan api Neon juga bukan api Tetapi aku terus terbakar, hangus dan rentung. Ketika hatiku menjadi debu Nafasmu telah terbangkan aku Jauh dari duniamu.

ATIRAH

Image
ATIRAH Atirah mendengus. Dia meninjau di sekitar kedai makan ibunya, ternyata motornya telah tiada. Dia menarik nafas panjang. Dia masuk semula ke dlm kedai. "Mak!  Man dah ambik motor!" Geram sungguh dia kali ini. Terasa darahnya seperti menggelegak dalam dada. "Nak pi beli barang macam mana ni." Keningnya sudah berkerut dan bertemu antara satu sama lain. 'Depa dah ada motor pun dok ambik org jugak. Ada motor pomen tak mau-mau.' Gerutunya dlm hati. Mau rasanya dia menjerit sekuat-kuat hatinya. Melepaskan marah di hati.      "Man pi mana?" Tanya noriah lemah. Sebagai ibu, Noriah memang sudah lelah dengan perangai anak-anaknya. Ada 6 org dan setiap hari semuanya meragam. Ada sj yang tak kena. Memberontak. Nak motor sorang sebiji. Sudah di beli tapi masih jugak berbalah. Awal tahun baru ni genap usia suaminya 50 tahun,  duit epf telah dikeluarkan. Mereka telah bersetuju  membeli 2 biji motor utk anak lelaki mereka Man dan Ali. Kemudian bila At

HA

        Perjalanan dengan kereta selama 3 jam ke temerloh memang memenatkan. Itu pun mereka telah menginap di shah alam semalam. Ketika dia berdepan dengan tok kadhi, dia sendiri tidak pernah menduga itu soalan yang hendak di tanya. "Apa tujuan saudara ahmad berada di sini hari ini" wajah tok khadi yang agak sudah berusia kelihatan amat serius. Ahmad tersenyum cuba sembunyikan gelombang dalam dadanya. Hanya tuhan saja yang tahu. Ya! Bagai mau perang rasanya. "Nak kahwin." Itu saja jawapan yang mampu di beri. "Yang sebenarnya nak menikah". Tok kadi menggelengkan kepala sambil tersenyum. Agak sinis. Agak hambar. Itu yang ahmad rasa. "Nak buat apa?" Tok kadi merenung tajam ke dalam mata ahmad. "Menikah." Peluh dingin mula terasa di dahi ahmad. "Nenikah. Cuba sebut 'ha' itu dengan jelas." Ha." Tok kadi tetap gelengkan kepala. Ahmad menarik nafas panjang. Seluruh keluarganya dan keluarga bakal isterinya sudah mula ge

AKU DAN ALAM YANG DAMAI

Image
AKU DAN ALAM YANG DAMAI Aku bertanya pada ombak Kenapa tidak beralun macam selalu Kenapa kali ini membadai Bergelora di hati berwajah suram Hujan luruh sejak semalam Gelap malam ini kilat sabung-menyabung Bertarung dan berjuang Aku menunggu jawapan dari alam Pada burung-burung yang terbang Pada angin yang membelai Pada riak air di kolam Pada ikan yang tenang di kolam Aku dan alam Bagai bersatu dengan tenang Berdamai dengan alam Aku berjabat tangan dengan pohon-pohon Aku menyapa bunga-bunga yang gugur Terimalah kasihku ini Hanya padamu. Noriza sulaiman Perda 3.1.19 Foto:noriza

MERPATI SEPI

Image
Biar pun merpati terbang tinggi Ia kembali jua Menyapa rindu di angin lalu Merpati Membawa berita pada kasih yang sepi Walau pun merpati itu sendiri Kesepian.... Noraini sulaiman Perda 3.1.19 Foto:noraini

AKSI SI KUCING JALANG

Si kucing jalang Ekornya bergoyang Bulunya separuh gebu Si kucing jalang Merayap merata lorong Menjengah longkang hanyir Kucing jalang tidak rindukan belaian Kerana dia sedar diri Bulunya tidak gebu Matanya tidak galak Kucing jalang hanya mahu ikan seekor Itu saja yang penting.