Posts

Showing posts from July, 2017

Semalam

Image
Pada cerita semalam Hujan pun mengundang dendam Pada semilir angin pilu Airmata pun mengalir Pada bulan yang retak

Perjalanan

Image
Perjalanan Bermula dengan pandangan pertama Mengira sejak degup yang pertama Sehinggalah degupan yang terakhir Melakar sejarah yang tidak akan berulang

Retak

Image
Pagi ni kepanasan badan kesan durian terubat dengan makaroni berpintal goreng dengan siput retak ribu. Kreatif sungguh yang masak ni. Nasi putih pulak makan dengan ikan jenahak. Ikan jenahak tu katanya di pancing kat bawah jambatan p.pinang.

Malam

Dalam gelas hitam itu ada semua warna Pecahkan gelas itu Pasti akan terbit warna pelangi Hitam itu Warna semalam Pagi ini ketika mentari terbit Semuanya indah

Pulut durian

Image
Kemarin buat kenduri pulut durian. Kenduri kecil sj. Org kedah mesti mkn pulut dgn durian. Cara mkn pun berbeza. Pulut kukus+santan+garam+gula+buah. Kemudian gaul dan ramas. Nasi pun boleh mkn mcm ni jugak.  Ini plak kuih serabai. Cicah ngan kuah durian. Resepi aku ambik dari fb mamak haji. Oleh kerana resepi dari mamak maka ada sikit2 rasa tosei. Kak aku yg masak. Aku ni tukang cari resepi sj. 

Tradisi

Eka...mak kawan kakak pandai sgt mengait. Baju raya pun dia kait. Dia pandai lukis inai. Dia jual kuih tradisional. Aku....apa kuih tradisional tu? Eka.....kuih tradisional la. Adakah kuih2 lama kita nanti kita akan biar bg anak2 kita panggil kuih tradisional saja. La ni kita dok bg mkn kek ganti baulu. Kita bg durian crepe ganti pulut durian. Sebenarnya anak2 umpama kain yg putih. Kita yg mencorakkan warnanya.

Sibuk

3 minggu yg sibuk keterlaluan. Minggu pertama bersiap-sedia sambut sistem. Minggu kedua sistem dilancarkan. Minggu ketiga sistem terlaksana. Ada yg jenis buat sj la. Biaq pi la. Ada plak yg jenis kami org dah ajaq mcm tu jadi kena buat mcm tu. Yg jenis biaq sj ni aku ok lagi. Tp x boleh la dok jawab mcm tu. Nmpk xdak tanggungjawab langsung. Mcm sistem ni. Kalau di biaqkan sj memang kutipan merudum la. Usaha nak bg kutipan naik org yg guna sistem tu yg teruk. Memang teruk la. Utk yg berpegang dgn pelajaran yg di pakai tu, tolong la buka mata. Tengok betul2 keadaan. Keadaan yg mcm mana nak kena guna pakai pelajaran tu lg. La ni situasi semua nak masuk longkang. Jgn jln tutup mata. Buka mata supaya x masuk longkang. Ubahlah sikit yg dok belajar tu. Jgn dok susahkan org lain.

Orang

Orang baru Semangat menggebu Sinar mata cemerlang Suara lantang gegak-gempita Orang lama Bisu dan kaku Kaki dan tangan terpasung Tertelan lidah Kata-kata pun digigit Mengunyah semuanya Menjadi makanan untuk hidup Mohon Supaya tidak menjadi orang-orang.

Pelik sungguh...

Banyak benda pelik jadi hari ni. Dgn sbb aku habak kt si mangkuk tu dpt cemerlang terus semua sentap. Ada akta rahsia rupanya. Dok pilih baju pun nak sentap. Pelik sungguh. Memang jenis org sakai mai kerja kut.